Analisis Syariah Terhadap Aplikasi Cashback Berasaskan Permainan Digital.

  • Noor Ain Mohd Noor Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Nazirah Hamdan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Nur Adilah Amiruddin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Noranizah Yusuf Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Mohamad Bazli Md Radzi Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Mohd Asyraf Yusuf Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
Keywords: Permainan Digital, Ganjaran Tunai, Syariah

Abstract

Kemunculan aplikasi digital yang menawarkan ganjaran tunai telah menarik perhatian pengguna. Aplikasi ini melibatkan pelbagai elemen dalam pemberian cashback contohnya membuat pembelian atas talian, pembelian secara fizikal dan permainan interaktif. Hukum cashback pada dasarnya adalah harus kerana ia adalah salah satu bentuk diskaun atau promosi yang diberikan oleh penjual. Namun demikian, timbul persoalan berkaitan kesesuaian dengan prinsip syariah apabila ganjaran diberi melalui permainan interaktif. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis mekanisme aplikasi cashback berasaskan permainan digital serta menilai kesesuaiannya dengan prinsip syariah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui temubual separa berstruktur dengan beberapa individu yang mempunyai latar belakang dalam bidang syariah dan kewangan Islam. Data dianalisis secara tematik bagi mengenalpasti isu-isu yang berkaitan. Kajian ini diharap dapat memberi kefahaman awal kepada pengguna muslim dalam menilai pulangan yang diperoleh melalui permainan digital yang semakin berkembang dari sudut kesesuaian syariah.

Published
2025-09-06
How to Cite
Mohd Noor, N. A., Hamdan, N., Amiruddin, N. A., Yusuf, N., Md Radzi, M., & Yusuf, M. A. (2025). Analisis Syariah Terhadap Aplikasi Cashback Berasaskan Permainan Digital. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 16, 97-102. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/726

Most read articles by the same author(s)