Penilaian Hadis-Hadis Masyhur mengenai hubungan antara Suami dan Isteri: Takhrij dan Solusi

  • Nur Adilah Amiruddin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Suhaibah Adenan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Fadlan Mohd Othman Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Takhrij, Hadis Masyhur, Suami Isteri, Teknologi

Abstract

Teknologi hari ini menjadikan dunia ibarat tanpa sempadan kerana maklumat begitu mudah tersebar. Pelbagai aplikasi yang ada telah menjadi medium penyebaran maklumat yang pantas. Hadis-hadis berkaitan hubungan antara suami dan isteri juga tidak terkecuali daripada tersebar meluas tanpa mengira kesahihan hadis tersebut. Adakalanya sesuatu hadis seperti sangat popular namun sebenarnya ia adalah palsu dan bukanlah hadis. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti dan menganalisis hadis-hadis yang masyhur (popular) berkaitan hubungan antara suami dan isteri sekaligus mencadangkan hadis yang lebih sesuai untuk diamalkan jika hadis yang popular itu adalah palsu. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati kenyataan yang mengatakan memandang Wanita cantik menambahkan ketajaman penglihatan dan talaq menggegarkan ‘arasy Allah adalah hadis maudu’ iaitu palsu. Pengkaji juga telah mencadangkan hadis sahih yang lebih sesuai diamalkan dalam bab ini.

Published
2022-09-03
How to Cite
Amiruddin, N. A., Adenan, S., & Mohd Othman, F. (2022). Penilaian Hadis-Hadis Masyhur mengenai hubungan antara Suami dan Isteri: Takhrij dan Solusi. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 300-303. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/273

Most read articles by the same author(s)