Perkembangan Perundangan Islam Di Sarawak Sebelum Kedatangan Penjajah Barat: Satu Tinjauan Awal

  • Noranizah Yusuf Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak
  • Saimi Bujang Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Abdul Razak Abdul Kadir Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Fatimah Hamrie Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Wan Ariffin Wan Yon Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
Keywords: Perundangan Islam, Sarawak, sebelum penjajahan Barat

Abstract

Analisis sejarah mendapati perundangan Islam mempunyai asas dan latar belakang yang kukuh di Malaysia sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan diperluaskan hingga ke negeri-negeri yang lain. Perundangan Islam menjadi elemen penting dalam sistem pentadbiran negara dan ketamadunan masyarakat Melayu Islam. Dalam konteks negeri Sarawak, mengikut kajian awal yang telah dilaksanakan terdapat dua manuskrip perundangan Islam yang pernah wujud di negeri Sarawak iaitu Kanun Negeri Lawas dan Kanun Negeri Lingga. Oleh itu, kajian ini bertujuan menjelaskan kewujudan manuskrip khas berkaitan perundangan Islam di Sarawak menerusi Kanun Negeri Lawas dan Kanun Negeri Lingga. Pendekatan kajian historiografi diaplikasikan dalam kajian ini menerusi empat langkah utama iaitu heuristik, kritikan sumber iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman, analisis dan interpretasi data dan yang terakhir historiografi iaitu proses penulisan sejarah. Manuskrip dan sumber sejarah dilakukan semak silang (cross check) atau jejak audit (audit trail) bagi menguji kesahan maklumat tersebut. Pendekatan analisis induktif dan deduktif digunakan dalam analisis kandungan sumber sejarah bagi memberi makna dan interpretasi kepada fakta-fakta sejarah yang dijumpai. Hasil kajian mendapati kewujudan manuskrip Kanun Negeri Lawas dan Kanun Negeri Lingga memberi gambaran yang jelas bahawa masyarakat Islam di Sarawak telah mengamalkan undang-undang Islam dalam kehidupan mereka sebagaimana perkembangan yang berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia, Brunei dan Sambas. Perundangan Islam telah menjadi elemen penting dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan masyarakat Islam di Sarawak di samping undang-undang adat sehingga kesannya dilihat pada zaman pemerintahan Brooke.

 

Published
2023-11-01
How to Cite
Yusuf, N., Bujang, S., Abdul Kadir, A. R., Hamrie, F., & Wan Yon, W. A. (2023). Perkembangan Perundangan Islam Di Sarawak Sebelum Kedatangan Penjajah Barat: Satu Tinjauan Awal. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 14, 66-72. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/378