Pendidikan Akhlak Kepada Manusia Berdasarkan Kitab Hadis 40: Satu Kajian Analisis

Authors

  • Nazirah Hamdan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Noor Ain Mohd Noor Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak

Keywords:

pendidikan, akhlak, hadis empat puluh

Abstract

Pendidikan Islam khususnya dalam hal yang berkaitan akhlak adalah penting untuk difahami dengan sebaiknya bagi setiap muslim. Sumber rujukan utama umat Islam mengenai akhlak iaitu al-Quran dan al-Hadis. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji apakah aspek akhlak kepada manusia yang terkandung dalam Kitab Hadis Empat Puluh (KHEP) karangan Imam al-Nawawi. Bentuk metodologi yang digunakan ialah kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis teks hadis. Pengkaji menggunakan perisian N’vivo 7.0 untuk menganalisis kajian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat sebelas ciri akhlak yang diajarkan oleh baginda Nabi S.A.W kepada manusia iaitu adil, berakhlak baik, tidak menyakiti orang lain, memberi nasihat, membuang rintangan di jalan, memuliakan orang lain, mengasihi seislam, tolong-menolong, tidak memusuhi wali Allah, taat pada pemimpin dan zuhud.

Downloads

Published

2022-09-06

How to Cite

Hamdan, N., & Mohd Noor, N. A. (2022). Pendidikan Akhlak Kepada Manusia Berdasarkan Kitab Hadis 40: Satu Kajian Analisis. Proceeding Borneo Islamic Conference, 13, 313–319. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/275

Most read articles by the same author(s)