Serangan Balas Iran-Israel 2025: Kesan Terhadap Keamanan Serantau Dunia

  • Nur Adilah Amiruddin Puan
  • Noor Ain Mohd Noor
  • Nazirah Hamdan
  • Mohamad Bazli Md Radzi
  • Mohd Asyraf Yusof
Keywords: Iran, Israel, Perang, Dunia, Politik

Abstract

Pada 14 Jun 2025 dunia telah dikejutkan dengan serangan Iran terhadap Israel. Konflik bersenjata ini telah mencetuskan kebimbangan besar terhadap kestabilan serantau dan keamanan global. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis punca-punca serangan balas tersebut, termasuk faktor geopolitik, ideologi, dan campur tangan kuasa besar. Serangan berbalas antara kedua-dua negara bukan sahaja meningkatkan ketegangan di Timur Tengah, malah memberi kesan domino kepada negara-negara jiran, pasaran tenaga global, serta hubungan kuasa-kuasa dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia dan China. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis kandungan iaitu merujuk kepada laporan media, kenyataan rasmi kerajaan dan analisis pakar dalam bidang. Hasil kajian mendapati campur tangan kuasa besar dunia meningkatkan risiko perang proksi contohnya seperti Amerika Syarikat secara terang-terangan menyatakan sokongan terhadap Israel, manakala Rusia dan Pakistan pula ada mengenluarkan kenyataan menyokong dan sedia membantu Iran. Oleh itu, kajian ini mencadangkan beberapa pendekatan diplomatik dan mekanisme campur tangan antarabangsa bagi meredakan konflik bagi memulihkan keamanan sejagat. Jika tidak, tanpa penyelesaian tuntas dan kerjasama global yang efektif, konflik Iran-Israel berisiko menjadi pencetus ketidakstabilan jangka panjang di peringkat serantau dan antarabangsa.

Published
2025-09-06
How to Cite
Amiruddin, N. A., Mohd Noor, N. A., Hamdan, N., Md Radzi, M. B., & Yusof, M. A. (2025). Serangan Balas Iran-Israel 2025: Kesan Terhadap Keamanan Serantau Dunia. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 16, 103-106. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/727

Most read articles by the same author(s)