Pembentukan Dāʿī Faqīh Melalui Internet

  • Mohamad Firdaus Mohamad Sabari Universiti Teknologi MARA
  • Mohamad Bazli Md Radzi Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Hadenan Towpek Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Nur Adilah Amiruddin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak

Abstract

Dalam Islam, dakwah adalah tanggungjawab setiap muslim sebagai sebahagian daripada ibadah mereka. Ilmu fiqh pula ialah ilmu mengenai hukum-hakam dalam agama Islam yang merangkumi bidang ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Seorang dai akan sering sekali ditanya oleh masyarakat berkenaan hukum bagi permasalahan yang timbul dalam kehidupan seharian.  Artikel ini membincangkan tatacara dan metodologi untuk mempelajari ilmu fiqh secara berkesan melalui Internet. Metodologi ini merangkumi; mempelajari fiqh mengikut mazhab negeri, menumpukan kepada satu kitab hingga selesai, mempelajari kitab-kitab fiqh secara berturutan, belajar dengan ulama faqih, menggabungkan hafalan dan pemahaman, mengajar apa yang telah dipelajari dan muzakarah bersama, dan memiliki hasrat yang ikhlas dan tekad yang kuat. Silibus pengajian fiqh Syafii dalam bahasa Melayu dan Arab turut dibincangkan, dan kaedah pembelajaran menerusi laman web seperti Youtube dan Takwīn al-Rāsikhīn dijelaskan. Kursus atas talian juga didedahkan seperti Al-Ta’hīl al-Fiqhī, Portal Hedaya, Certificate in Fiqh and Usul al-Fiqh, Ghirās al-ʿIlm dan Maʿhad al-Imām al-Nawawī li al-Tafaqquh al-Syāfiʿī. Sumber bahan bacaan di Internet yang digunakan untuk pembelajaran dan rujukan termasuk PDF Drive, Turath, Waqfeya, Telegram, laman web Jabatan Mufti, laman jurnal ilmiyah dan lain-lain. Kaedah pencarian maklumat dalam al-Mawsūʿah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah juga turut dibincangkan. Kesimpulannya, pembelajaran ilmu fiqh melalui Internet memberikan peluang yang besar kepada dai untuk memperluas ilmu pengetahuan dengan cara yang mudah dan berkesan.

Published
2023-11-01
How to Cite
Mohamad Sabari, M. F., Md Radzi, M. B., Towpek, H., & Amiruddin, N. A. (2023). Pembentukan Dāʿī Faqīh Melalui Internet. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 14, 45-58. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/375

Most read articles by the same author(s)