Perkembangan Tamadun Islam Di Andalusia: Analisis Kemakmuran Ekonomi Era Pemerintahan Kerajaan Umawiyyah

  • Noranizah Yusuf Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Norsinah Tompeng
  • Noor Ain Mohd Noor
  • Ezad Azraai Jamsari

Abstract

Andalusia pernah menjadi saksi kegemilangan sinar tamadun Islam di bumi Eropah. Kehebatan masyarakat Islam untuk memunculkan sebuah tamadun Islam yang gemilang di bumi Eropah walaupun kedudukannya yang agak terasing daripada wilayah Islam yang lain menjadikan sejarah tamadun Islam di Andalusia sebagai sesuatu yang bersifat unik. Di samping itu, ramai generasi pada masa kini tidak mengetahui tentang kewujudan sejarah tamadun Islam di Andalusia. Oleh yang demikian, kajian ini merupakan salah satu usaha penulis untuk mengetengahkan sejarah tamadun Islam khususnya dalam aspek pencapaian ekonomi di Andalusia. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian historiografi iaitu kajian terhadap sesuatu yang berlaku pada masa lampau. Bagi mengukuhkan setiap fakta yang diperolehi penulis turut membuat kritikan dalaman dan luaran (internal and external critism) terhadap sumber-sumber yang berkaitan. Kritikan luaran dilakukan untuk mengesahkan keaslian dan ketulenan sumber dari segi masa, tempat dan individu yang menghasilkan sumber atau bahan tersebut. Kritikan dalaman pula dilakukan terhadap isi kandungan yang telah disahkan kesahihahnnya semasa melakukan kritikan luaran. Dengan kaedah ini, penulis mengenalpasti terlebih dahulu siapa yang mengeluarkan sumber berkenaan dan seterusnya kandungan sumber pula diuji untuk mengetahui kaitannya dengan fakta-fakta primer yang diketahui. Tujuannya ialah untuk mendapatkan ketepatan maklumat yang terkandung dalam sumber-sumber berkenaan. Hasil kajian mendapati, Andalusia telah mencapai tahap kemajuan yang tinggi dalam sektor perekonomian. Para pemerintah Kerajaan Umawiyyah telah berjaya menyusun semula struktur ekonomi di Andalusia secara komprehensif.

Published
2023-11-01
How to Cite
Yusuf, N., Tompeng, N., Mohd Noor, N. A., & Jamsari, E. A. (2023). Perkembangan Tamadun Islam Di Andalusia: Analisis Kemakmuran Ekonomi Era Pemerintahan Kerajaan Umawiyyah. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 14, 244-250. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/470

Most read articles by the same author(s)