Menjejaki Warisan Bertulis Melayu Sarawak

  • Wan Ariffin Wan Yon Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Saimi Bujang Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Abdul Razak Abdul Kadir Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Noranizah Yusuf Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Fatimah Hamrie Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
Keywords: warisan bertulis, manuskrip, melayu, Sarawak

Abstract

Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai budaya, bahasa dan tinggalan sejarah. Sarawak mempunyai latar belakang penduduk yang berbilang kaum dan etnik. Kepelbagaian kaum dan etnik ini pula membentuk kepelbagaian dalam kebudayaan, adat kepercayaan, bahasa dan tinggalan sejarah.  Manuskrip merupakan salah satu tinggalan sejarah warisan bertulis zaman berzaman yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Melalui warisan bertulis kita dapat mengenali identiti dan jati diri sesuatu bangsa dan negara. Ia juga sebagai satu usaha untuk menonjolkan kearifan lokal dalam kebudayaan masyarakat di negeri Sarawak dan usaha untuk mempertahankan imej dan identiti bangsa kerana kita berdepan dengan arus pembaratan dan globalisasi. Artikel ini cuba mengutarakan kepentingan menjejaki, memulihara dan memelihara warisan bertulis Melayu Sarawak terutamanya yang masih lagi di dalam simpanan persendirian yang semakin terancam. Kajian ini menerapkan reka bentuk kajian historiografi (pensejarahan) dan temubual. Bagi tujuan kajian ini, penyelidik  menggunakan tiga langkah kajian historiografi, iaitu; heuristik, kritikan sumber dan interpretasi. Didapati masih banyak warisan bertulis Melayu dalam bentuk manuskrip dan artifak yang tersimpan secara persendirian dan memerlukan usaha untuk melindungi warisan bertulis Melayu tersebut yang semakin terancam masa kini. Ini merupakan satu langkah yang amat perlu untuk dilakukan kerana kita perlu mengkaji fakta sejarah secara empirikal dari sudut pandangan masyarakat kita sendiri dan bukannya melalui sumber yang disogok oleh penjajah Barat.

Published
2022-09-06
How to Cite
Wan Yon, W. A., Bujang, S., Abdul Kadir, A. R., Yusuf, N., & Hamrie, F. (2022). Menjejaki Warisan Bertulis Melayu Sarawak. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 347-354. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/278

Most read articles by the same author(s)