Pendekatan Dakwah Kontekstual kepada Masyarakat Iban di Sarawak: Integrasi Pendidikan, Budaya dan Pembangunan Modul Dakwah

  • Wan Mohd Hanif Saifuddin Bin Wan Ahmad Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak
  • Abdul Razak Abdul Kadir Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Mohd Asyraf Yusof Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
Keywords: Dakwah Kontekstual; Masyarakat Iban; Sarawak; Pendidikan Islam; Budaya Tempatan; Modul Dakwah; al-Ḥikmah; Mawʻiẓah al-Ḥasanah; Mujādalah; Strategi Dakwah

Abstract

Kajian ini menganalisis pendekatan dakwah yang sesuai kepada masyarakat Iban di Sarawak dengan menekankan integrasi antara pendidikan, budaya dan pembangunan modul dakwah kontekstual. Masyarakat Iban mempunyai sistem kepercayaan dan adat resam tersendiri yang memerlukan pendekatan dakwah yang berhikmah dan inklusif. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kajian perpustakaan dan lapangan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan dakwah berasaskan prinsip al-ḥikmah, mawʻiẓah al-ḥasanah dan mujādalah, serta digabungkan dengan elemen pendidikan dan budaya, mampu membentuk modul dakwah yang lebih diterima oleh masyarakat Iban. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan dakwah dilaksanakan secara berhemah, berstrategi dan berasaskan pemahaman budaya tempatan.

Published
2025-09-06
How to Cite
Wan Ahmad, W. M. H. S., Abdul Kadir, A. R., & Yusof, M. A. (2025). Pendekatan Dakwah Kontekstual kepada Masyarakat Iban di Sarawak: Integrasi Pendidikan, Budaya dan Pembangunan Modul Dakwah. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 16, 65-69. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/710

Most read articles by the same author(s)