Sinergi Ulama dan Umara dalam Pembentukan Jabatan Agama Islam Sarawak 1955-1990

Authors

  • Abdul Razak Abdul Kadir Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak

Keywords:

Islam, Jabatan, Pembentukan, Sarawak, Sinergi, Ulama, Umara

Abstract

Jabatan Agama Islam Sarawak diwujudkan atas dasar cita dan harapan ulama dan umara agar menjadi sebuah institusi Islam yang mampu berperanan dalam pengurusan dan pengembangan ummah di Sarawak. Di satu sudut, ingin melihat pengurusan ummah di Sarawak lebih teratur dan sistematik dan di satu sudut yang  lain ingin memperlihatkan usaha dakwah yang berterusan demi memastikan tercapainya khairu ummah (umat yang terbaik). Persoalan kajian dalam kertas kerja ialah apakah latar belakang penubuhan Jabatan Agama Islam Sarawak? dan bagaimanakah strategi ulama dan umara dalam menzahirkan penubuhan Jabatan Agama Islam Sarawak?  Objektif kertas kerja ini ialah melihat latar belakang sejarah penubuhan Jabatan Agama Islam Sarawak dan yang kedua ialah melihat strategi ulama dan umara dalam menjayakan penubuhan Jabatan Agama Islam Sarawak. Metodologi kajian dalam kertas kerja ini ialah metod kesejarahan yang menggunakan empat tahapan sejarah iaitu heuristik (pengumpulan data), kritik internal dan eksternal, interpretasi data dan historiografi (penulisan sejarah). Dapatan kajian ini ialah penubuhan Jabatan Agama Islam Sarawak tidak terlepas daripada kewujudan Majlis Islam Sarawak dan Adat Istiadat Melayu yang terbina sejak 1 Mei 1955. Strategi ulama dan umara dalam penubuhan Jabatan Agama Islam Sarawak ialah dengan pendekatan berhemah serta berhati-hati dengan senario dan sensitiviti semasa serta mengambil ruang dan peluang ketika kerajaan pusat menzahirkan jabatan agama Islam negeri di seluruh negeri di Malaysia.

Downloads

Published

2022-09-03

How to Cite

Abdul Kadir, A. R. (2022). Sinergi Ulama dan Umara dalam Pembentukan Jabatan Agama Islam Sarawak 1955-1990. Proceeding Borneo Islamic Conference, 13, 286–292. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/271

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>