Zakat dan Kemiskinan: Cadangan Ke Arah Pemerkasaan Sistem Agihan Zakat

  • Mohd Syahiran Abdul Latif Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Abdul Razak Abdul Kadir Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Sharifah Anom Omar Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Ahmadi Amnan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Kuching, Sarawak
Keywords: Zakat, Kemiskinan, Sistem agihan & pemerkasaan

Abstract

Kefardhuan zakat bukan hanya berkisar setakat kutipan dan bayaran semata-mata, tetapi ianya berterusan sehingga selesai agihan dibuat kepada asnaf yang telah ditetapkan dan seterusnya melihat bagaimana agihan zakat tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan asnaf terutamanya fakir dan miskin. Dana zakat jika diurus dengan sistematik dan  bijaksana dapat menjadi salah satu daripada sumber kekuatan negara yang mana dengannya dapat dibina kekuatan ekonomi, sosial, pendidikan dan akhirnya dapat membentuk kesatuan ummah yang jitu dan ampuh. Di Malaysia, statistik jumlah kutipan zakat setiap negeri secara purata mencatatkan peningkatan yang amat memberangsangkan disebabkan oleh faktor  peningkatan ini adalah disebabkan kepelbagaian inisiatif sistem kutipan termasuk peningkatan tahap kesedaran membayar zakat dalam kalangan masyarakat Islam. Walau bagaimanapun, sistem agihan zakat di Malaysia masih lagi berada di dalam fasa yang agak sederhana berbanding sistem kutipannya. Terdapat sebahagian daripada asnaf yang telah bertahun-tahun menjadi penerima zakat tetapi keadaan mereka masih tetap tidak berubah dan terus berada di bawah garis kemiskinan dan apa yang lebih parah lagi apabila kemiskinan tersebut diwariskan kepada generasi setelah mereka. Selain daripada itu, sebilangan asnaf penerima zakat menganggap bantuan dana zakat yang diperolehi setiap bulan adalah elaun tetap sara hidup mereka dan apabila bantuan tersebut dihentikan kerana cukup tempoh, mereka datang mempersoal dan menyalahkan pihak pengurusan zakat. Justeru, kertas kerja ini cuba mencadangkan konsep agihan zakat yang lebih konprehansif dalam memenuhi keperluan secara tersasar golongan fakir dan miskin seterusnya menjadi pendorong mereka untuk keluar daripada garisan kemiskinan yang selama ini membelenggu dan merantai kehidupan mereka. Adalah diharapkan perbincangan melalui kertas kerja ini dapat membantu seterusnya menginspirasikan sebuah sistem agihan zakat yang berdaya maju dalam merubah landskap kemiskinan golongan penerima zakat.

Published
2023-11-01
How to Cite
Abdul Latif, M. S., Abdul Kadir, A. R., Omar, S. A., & Amnan, A. (2023). Zakat dan Kemiskinan: Cadangan Ke Arah Pemerkasaan Sistem Agihan Zakat. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 14, 9-13. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/364