Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di Sabah

Authors

  • Siti Saidatulakmal Arishin Universiti Teknologi MARA
  • Sharifah Sari Datu Asal Universiti Teknologi Mara
  • Nor Alhana Abd Malik Universiti Teknologi MARA
  • Sharifah Umairah Datu Asal Universiti Teknologi MARA
  • Farhana Yaakub Universiti Teknologi MARA

Keywords:

tanggungjawab sosial, NGO Islam, Sabah

Abstract

Tanggungjawab sosial dalam Islam bukan sahaja tanggungjawab sesama masyarakat Islam tetapi juga tanggungjawab kepada masyarakat yang bukan beragama Islam. Selain menjadi tanggungjawab setiap individu, ianya turut dilaksanakan secara berkumpulan, termasuklah melalui gerakan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Masa kini, semakin banyak NGO Islam di Sabah aktif dalam memberikan bantuan di pelbagai tempat dan peringkat terutamanya dikala masyarakat terkesan dengan cabaran pandemik Covid-19. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pelaksanaan tanggungjawab sosial NGO Islam di Sabah. Kajian ini berbentuk kualitatif jenis analisis kandungan. Hasil kajian mendapati, antara tanggungjawab sosial yang telah banyak dilaksanakan oleh NGO Islam terutamanya ketika pandemik Covid-19 melanda negara adalah membantu masyarakat dengan memberikan khidmat bantuan kesihatan dan pengurusan kematian. Selain itu juga, badan NGO ini turut menfokuskan kepada khidmat bantuan dari sudut pendidikan dan pembangunan infrastruktur. Semoga pelaksanaan tanggungjawab sosial yang rancak ini turut menjadi medan dakwah bil hal yang mampu menarik minat masyarakat bukan Islam kepada Islam.

Downloads

Published

2022-09-06

How to Cite

Arishin, S. S., Datu Asal, S. S., Abd Malik, N. A., Datu Asal, S. U., & Yaakub, F. (2022). Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di Sabah. Proceeding Borneo Islamic Conference, 13, 119–123. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/289

Most read articles by the same author(s)