P066 Peranan Mutawalli dalam Pengurusan Wakaf Tunai

Analisis Menurut Perspektif Fiqh dan Enakmen Wakaf (Negeri Sabah) 2018

  • Nor Alhana Abd Malik UiTM SABAH
  • Amir Abrar Abd Latif UiTM SABAH
  • Razizi Tarmuji
Keywords: Mutawalli, wakaf tunai, tadbir urus wakaf, fiqh wakaf, Enakmen Wakaf (Negeri Sabah) 2018

Abstract

Mutawalli memainkan peranan penting dalam memastikan kelestarian manfaat wakaf tunai sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi ummah. Namun, sorotan literatur menunjukkan bahawa perbincangan sedia ada lebih memfokuskan kepada pengurusan institusi wakaf, sedangkan analisis terhadap peranan dan tanggungjawab mutawalli menurut perspektif fiqh dan perundangan masih terhad. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis konsep, peranan dan tanggungjawab mutawalli dalam pengurusan wakaf tunai berdasarkan perspektif fiqh Islam dan Enakmen Wakaf (Negeri Sabah) 2018. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kepustakaan dengan menganalisis sumber primer dan sekunder menggunakan analisis kandungan serta analisis doktrinal. Analisis menunjukkan bahawa mutawalli memikul tanggungjawab syarie dalam memelihara harta wakaf (hifz al-mal), mengurus dan melaburkan dana secara patuh syariah, serta mengagihkan manfaat kepada penerima manfaat wakaf. Analisis juga menunjukkan bahawa pelaksanaan fungsi tersebut perlu berteraskan prinsip amanah, integriti, ketelusan dan akauntabiliti. Kajian ini menyumbang kepada pembentukan kerangka tadbir urus mutawalli yang mengintegrasikan prinsip fiqh dan perundangan bagi memperkukuh pengurusan wakaf tunai di Malaysia.

Published
2026-07-15
How to Cite
Abd Malik, N., Abd Latif, A., & Tarmuji, R. (2026). P066 Peranan Mutawalli dalam Pengurusan Wakaf Tunai. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/1080