Sejarah Perkembangan Dakwah Di Lahad Datu Sabah: Satu Kajian Awal

Authors

  • Masnih Mustapa Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sabah
  • Musaiyadah Ahmadun Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sabah
  • Sharifah Sari Datu Asal Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sabah
  • Siti Saidatulakmal Arishin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sabah

Keywords:

Sejarah, Dakwah, Islam, Sabah, Lahad Datu

Abstract

Kajian mengenai sejarah dakwah di Sabah merupakan kajian yang menarik perhatian ramai pengkaji. Secara hakikat, Sabah merupakan sebuah negeri yang amat terkenal dengan sikap toleransi masyarakatnya yang berbilang bangsa, budaya, dan agama. Di saat masyarakat Islam dan Kristian di Semenanjung Malaysia berselisih faham tentang penggunaan kalimah Allah, masyarakat di Sabah masih mampu bertenang dan menjalani kehidupan seperti biasa. Berdasarkan kepada fakta ini, tentunya hal berkaitan aktiviti dakwah di Sabah wajar untuk dikongsikan. Penelitian ini membincangkan tentang sejarah dakwah Islam di Lahad Datu, Sabah. Kajian ini menggunakan analisis kandungan bagi mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh. Hasil kajian mendapati perkembangan Islam di Sabah disifatkan berlaku secara berorganisasi apabila kesedaran beragama mula dicetuskan oleh kemunculan organisasi dakwah seperti Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau United Sabah Islamic Association (USIA) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan diperkukuhkan dengan peranan Persatuan Sukarelawan Islam (PSI) seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Kata Kunci: Sejarah, Dakwah, Islam, Sabah, Lahad Datu

 

Downloads

Published

2022-09-06

How to Cite

Mustapa, M., Ahmadun, M., Datu Asal, S. S., & Arishin, S. S. (2022). Sejarah Perkembangan Dakwah Di Lahad Datu Sabah: Satu Kajian Awal. Proceeding Borneo Islamic Conference, 13, 79–85. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/306

Most read articles by the same author(s)