Pemerkasaan Institusi Dakwah di Sabah

Authors

  • Sharifah Sari Datu Asal Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, 88997, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Musaiyadah Ahmadun Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, 88997, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Siti Saidatulakmal Arishin Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, 88997, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Masnih Mustapa Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, 88997, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Keywords:

Dakwah, institusi dakwah, Sabah.

Abstract

Penglibatan institusi dakwah dalam gerakan dan menyebarkan Islam di Sabah memberi kesan yang besar terutamanya terhadap peningkatan statistik saudara baru di Sabah. Telah banyak program yang dilaksanakan bagi  memantapkan usaha dakwah di Sabah. Namun begitu, institusi dakwah di Sabah masih lagi berhadapan dengan cabaran dalaman dan luaran sepanjang melaksanakan usaha dakwah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti strategi dan langkah yang terbaik untuk memperkasakan institusi dakwah di Sabah. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk deduktif. Melalui metod deduktif ini, literatur yang dikumpulkan adalah dalam bentuk umum dan daripadanya akan dibuat satu kesimpulan khusus. Hasil kajian mendapati antara strategi yang boleh dilaksanakan untuk memperkasakan institusi dakwah di Sabah adalah meningkatkan jumlah tenaga kerja yang terlibat dalam program dakwah, mengadakan kursus persiapan bagi para pendakwah, membuat program susulan serta kerjasama antara institusi dakwah. Semoga melalui strategi-strategi ini dapat merancakkan lagi dakwah di Sabah dan seterusnya menyebarkan syiar Islam di Borneo.

Downloads

Published

2022-09-06

How to Cite

Datu Asal, S. S., Ahmadun, M., Arishin, S. S., & Mustapa, M. (2022). Pemerkasaan Institusi Dakwah di Sabah. Proceeding Borneo Islamic Conference, 13, 101–107. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/298

Most read articles by the same author(s)