Tadbir Urus Dan Potensi Uitm Cawangan Sabah dalam Pelaksanaan Wakalah Zakat di Sabah

  • Nor Alhana Abd Malik Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah, Malaysia
  • Razizi Tarmuji Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Malaysia
  • Siti Aminah Mohammad Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah, Malaysia
  • Saiful Nizam Amran Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah, Malaysia
Keywords: wakalah zakat, UiTM Sabah, tadbir urus, institusi pendidikan tinggi

Abstract

Institusi pendidikan tinggi kini memainkan peranan yang signifikan dalam pengurusan zakat negara melalui pelaksanaan kutipan dan agihan zakat berasaskan konsep wakalah. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah merupakan salah satu institusi yang terlibat secara aktif dalam mengurus kutipan zakat gaji melalui potongan gaji staf serta agihan zakat kepada pelajar asnaf. Kajian ini dijalankan untuk menilai pelaksanaan semasa dan potensi UiTM Sabah sebagai agen kutipan zakat harta di peringkat negeri. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan laporan berkaitan kutipan dan agihan zakat. Dapatan menunjukkan bahawa UiTM Sabah mempunyai struktur tadbir urus yang teratur dengan sokongan prosedur yang jelas serta pengasingan fungsi kutipan dan agihan. Kutipan zakat pendapatan dilaksanakan secara sistematik, manakala agihan melalui konsep wakalah membolehkan bantuan disalur secara cepat dan bersasar. Kajian turut mengenal pasti potensi UiTM Sabah sebagai agen kutipan zakat harta berdasarkan keupayaan struktur dan pengalaman sedia ada. Pelaksanaan peranan ini bergantung kepada sokongan dasar, kerjasama institusi zakat negeri dan keperluan pemantapan pelaksanaan dalaman. Kajian ini memberi gambaran awal tentang pengukuhan peranan institusi pendidikan tinggi dalam pengurusan zakat secara menyeluruh.

Kata kunci: wakalah zakat, UiTM Sabah, tadbir urus, institusi pendidikan tinggi

Published
2025-09-06
How to Cite
Abd Malik, N., Tarmuji, R., Mohammad, S. A., & Amran, S. (2025). Tadbir Urus Dan Potensi Uitm Cawangan Sabah dalam Pelaksanaan Wakalah Zakat di Sabah. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 16, 329-338. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/831