Tinjauan Kepatuhan Pembayaran Zakat Pendapatan oleh Staf Profesional Uitm Cawangan Sabah

Authors

  • Siti Aminah Mohammad Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah, Malaysia
  • Nor Alhana Abd Malik Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah, Malaysia
  • Hazlenah Hanafiah Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah, Malaysia

Abstract

Zakat pendapatan merupakan kewajipan zakat yang dikenakan ke atas hasil pendapatan individu, termasuk gaji, bonus, elaun, komisen serta pendapatan profesional seperti bayaran perkhidmatan atau konsultasi. Golongan profesional tergolong dalam kumpulan yang berkemampuan dan lazimnya memenuhi syarat wajib zakat apabila cukup nisab dan haul, sebagaimana ditetapkan oleh syarak. Kajian ini bertujuan meninjau tahap kefahaman, kesedaran dan kepatuhan terhadap kewajipan zakat pendapatan dalam kalangan staf profesional di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah. Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi asas kepada perancangan strategi dan pemantapan pelaksanaan zakat pendapatan dalam kalangan profesional di institusi pendidikan tinggi.

Kata Kunci : Zakat Pendapatan, Staf Profesional, Institusi Pengajian Tinggi, UiTM

Downloads

Published

2025-09-06

How to Cite

Mohammad, S. A., Abd Malik, N. A., & Hanafiah, H. (2025). Tinjauan Kepatuhan Pembayaran Zakat Pendapatan oleh Staf Profesional Uitm Cawangan Sabah. Proceeding Borneo Islamic Conference, 16, 322–328. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/830

Most read articles by the same author(s)