Agihan Zakat Oleh UiTM Cawangan Sabah: Suatu Sorotan

  • Razizi Tarmuji Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Beg Berkunci 71, 88997, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Nor Alhana Abd Malik Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Beg Berkunci 71, 88997, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Abdul Kadir Roseline Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Beg Berkunci 71, 88997, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Samsuddin Mohd Amin Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Beg Berkunci 71, 88997, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Keywords: agihan zakat, UiTM, permohonan zakat

Abstract

Institusi zakat memainkan peranan besar dalam memberi bantuan kewangan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi. Peranan institusi zakat ini semakin penting terutamanya semasa wabak Covid-19 yang banyak menjejaskan pendapatan orang ramai. Pelbagai bentuk bantuan pendidikan diwujudkan dengan menawarkan biasiswa, dermasiswa dan lain-lain bantuan kewangan tambahan menggunakan dana zakat. Bagi mengurangkan birokrasi permohonan zakat oleh pelajar dan menambah kecekapan agihan, banyak institusi pengajian tinggi (IPT) dilantik sebagai penolong amil untuk menguruskan agihan zakat kepada pelajar. Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan IPT pertama yang telah dilantik sebagai penolong amil oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun 1998. Manakala di Sabah, UiTM Cawangan Sabah telah memeterai MoU dengan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada tahun 2012 sebagai asas kerjasama antara kedua-dua institusi tersebut dalam pelbagai bidang berkaitan  pendidikan, penyelidikan dan bantuan kewangan. Bermula tahun 2014, pihak MUIS telah meyumbang dana zakat kepada pihak UiTM Cawangan Sabah untuk menguruskan pengagihannya kepada pelajar. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti proses agihan zakat kepada pelajar yang dikendalikan oleh pihak UiTM Cawangan Sabah. Kajian mendapati proses agihan zakat di UiTM Cawangan Sabah adalah bersistematik dan memberi fleksibiliti kepada pelajar dalam permohonan zakat mereka khususnya ketika situasi pandemik Covid-19 apabila kuliah dijalankan secara atas talian sepenuhnya. Namun begitu terdapat beberapa cabaran dalam mengurus proses agihan zakat tersebut dan cadangan  untuk penambahbaikan sistem agihan zakat juga diutarakan.

Kata kunci: agihan zakat, UiTM, permohonan zakat

 

Published
2022-09-06
How to Cite
Tarmuji, R., Abd Malik, N. A., Roseline, A. K., & Mohd Amin, S. (2022). Agihan Zakat Oleh UiTM Cawangan Sabah: Suatu Sorotan. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 124-129. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/310