Management 0f Income Sources and Financial Expenditures of Mosques In Ranau Sabah
Sumber Pendapatan dan Perbelanjaan Kewangan Masjid di Ranau Sabah
Abstract
The mosque is a place of profound significance among Muslims and functions as a centre for worship. It is imperative for Muslims to strengthen the financial management of mosques in order to facilitate various religious activities. This study aims to investigate the financial management practices of mosques in the Ranau district of Sabah. The primary objective of this research is to elucidate the sources of income and financial expenditures of mosques within this region. To achieve this objective, qualitative data were collected through semi-structured interviews with fourteen respondents, comprising seven mosque chairmen and seven mosque treasurers who are directly engaged in the financial management of their respective mosques. The collected data were analysed using both inductive and deductive methods. This research employs a multiple case study design, utilising purposive sampling to ensure the selection of relevant participants. The findings indicate that the financial management practices concerning income and expenditure among mosques in the Ranau district, as administered by the chairmen and treasurers, comply with the procedures established by the Sabah State Department of Islamic Affairs. This study provides valuable insights for mosque committee members in formulating guidelines that will enhance the capacity of mosque management to effectively oversee their financial income and expenditures.
Keywords: Finance, Mosque, Ranau, Record-keeping, Reporting
Masjid adalah tempat yang amat suci di kalangan umat Islam dan sebagai pusat menunaikan ibadah. Umat Islam dituntut untuk memperkasakan pengurusan kewangaan masjid untuk pelaksanaan pelbagai aktiviti keagamaan. Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji pengurusan kewangan masjid di daerah Ranau, Sabah. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan sumber pendapatan dan perbelanjaan kewangan masjid di daerah Ranau, Sabah. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah temu bual digunakan bagi mendapatkan data primer daripada empat belas orang responden iaitu tujuh (7) orang pengerusi masjid dan tujuh (7) orang bendahari masjid yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan masjid. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Kajian ini merupakan kajian kualitatif sepenuhnya yang menggunakan kaedah kajian temu bual manakala reka bentuk kajian ialah kajian kes berbilang dan menggunakan persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengamalan pengurusan kewangan masjid dari aspek pendapatan dan perbelanjaan kewangan masjid di daerah Ranau, Sabah oleh pengerusi dan bendahari masjid mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sabah. Kajian ini dapat memberikan panduan kepada ahli jawatankuasa masjid bagi merangka beberapa garis panduan yang boleh membantu pihak pengurusan masjid untuk mempertingkatkan keupayaan pengurusan pendapatan dan perbelanjaan kewangan masjid.
Keywords: kewangan; masjid; pelaporan; perekodan; Ranau