Ramalan Kutipan Zakat Staf UiTM Cawangan Sabah Melalui Skim Potongan Gaji

  • Nur Alhana Abd Malik Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Beg Berkunci 71, 88997, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Razizi Tarmuji Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Beg Berkunci 71, 88997, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Saiful Nizam Amran Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Beg Berkunci 71, 88997, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Keywords: Ramalan kutipan, siri masa, UiTM, zakat, skim potongan gaji

Abstract

Zakat pendapatan merupakan antara jenis zakat harta yang paling tinggi jumlah kutipan diperolehi oleh kebanyakan pusat zakat negeri. Antara faktor penyumbangnya adalah disebabkan wujud skim potongan gaji yang diperkenalkan oleh pusat zakat negeri. Skim ini memudahkan pembayar zakat yang bekerja di sektor kerajaan atau swasta membayar zakat secara bulanan. Di UiTM, staf yang membuat skim potongan gaji untuk pembayaran zakat boleh memilih pusat zakat negeri mengikut pilihan masing-masing. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti jumlah kutipan zakat pendapatan staf UiTM Cawangan Sabah melalui skim potongan gaji bagi tahun 2015 hingga 2021. Data tersebut kemudiannya digunakan untuk membuat ramalan kutipan zakat pendapatan staf bagi tahun 2022 dengan menggunakan kaedah siri masa (purata bergerak). Kajian ini mendapati terdapat peningkatan kutipan zakat dalam kalangan staf UiTM Cawangan Sabah dari tahun 2015 hingga tahun 2021. Ramalan yang dibuat juga menunjukkan akan berlaku peningkatan kutipan zakat pendapatan staf UiTM Cawangan Sabah bagi tahun 2022.

Published
2022-09-06
How to Cite
Abd Malik, N. A., Tarmuji, R., & Amran, S. N. (2022). Ramalan Kutipan Zakat Staf UiTM Cawangan Sabah Melalui Skim Potongan Gaji. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 68-72. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/296