Kepatuhan Zakat Pendapatan Dalam Konteks Institusi Pengajian Tinggi: Kajian Di UiTM Cawangan Sabah

Authors

  • Siti Aminah Mohammad Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah, Malaysia
  • Nor Alhana Abdul Malik Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah, Malaysia
  • Hazlenah Hanafiah Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah, Malaysia

Keywords:

Zakat Pendapatan, Staf Profesional, Institusi Pengajian Tinggi, UiTM

Abstract

Zakat pendapatan merupakan kewajipan zakat yang dikenakan ke atas hasil pendapatan individu, termasuk gaji, bonus, elaun, komisen serta pendapatan profesional seperti bayaran perkhidmatan atau konsultasi. Golongan profesional merupakan kumpulan yang berkemampuan dan lazimnya memenuhi syarat wajib zakat apabila cukup nisab dan haul, sebagaimana ditetapkan oleh syarak. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah terdiri daripada lebih 30% staf adalah golongan profesional dan merupakan salah satu institusi yang terlibat secara aktif dalam mengurus kutipan zakat gaji melalui potongan gaji staf. Kajian ini bertujuan meninjau faktor pendorong terhadap kepatuhan dalam kewajipan zakat pendapatan dikalangan staf profesional di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuantitatif secara deskriptif untuk meninjau tahap kepatuhan zakat pendapatan. Pengumpulan data dilaksanakan melalui soal selidik secara dalam talian menggunakan Google forms yang diedarkan kepada responden yang berkenaan. Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi asas kepada perancangan strategi dan pemantapan pelaksanaan zakat pendapatan dalam kalangan profesional di institusi pendidikan tinggi.

Kata kunci : Zakat Pendapatan, Staf Profesional, Institusi Pengajian Tinggi, UiTM

Downloads

Published

2026-10-21

How to Cite

Mohammad, S. A., Abdul Malik, N. A., & Hanafiah, H. (2026). Kepatuhan Zakat Pendapatan Dalam Konteks Institusi Pengajian Tinggi: Kajian Di UiTM Cawangan Sabah. Proceeding Borneo Islamic Conference, 17, 247–253. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/1081