Pendekatan Dakwah Kontekstual kepada Masyarakat Iban di Sarawak: Integrasi Pendidikan, Budaya dan Pembangunan Modul Dakwah
Keywords:
Dakwah Kontekstual; Masyarakat Iban; Sarawak; Pendidikan Islam; Budaya Tempatan; Modul Dakwah; al-Ḥikmah; Mawʻiẓah al-Ḥasanah; Mujādalah; Strategi DakwahAbstract
Kajian ini menganalisis pendekatan dakwah yang sesuai kepada masyarakat Iban di Sarawak dengan menekankan integrasi antara pendidikan, budaya dan pembangunan modul dakwah kontekstual. Masyarakat Iban mempunyai sistem kepercayaan dan adat resam tersendiri yang memerlukan pendekatan dakwah yang berhikmah dan inklusif. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kajian perpustakaan dan lapangan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan dakwah berasaskan prinsip al-?ikmah, maw?i?ah al-?asanah dan muj?dalah, serta digabungkan dengan elemen pendidikan dan budaya, mampu membentuk modul dakwah yang lebih diterima oleh masyarakat Iban. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan dakwah dilaksanakan secara berhemah, berstrategi dan berasaskan pemahaman budaya tempatan.