Masjid Sebagai Alternatif Penjanaan Ekonomi Ummah

Authors

  • Mohamad Bazli Bin Md Radzi Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Mohamad Firdaus Mohamad Sabari Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Hadenan Towpek Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak

Keywords:

Bentuk bantuan, asnaf fakir dan miskin

Abstract

Golongan asnaf fakir dan miskin merupakan sebagian daripada asnaf yang layak menerima bantuan zakat. Bantuan yang diberikan adalah bertujuan untuk membantu asnaf fakir dan miskin untuk menampung keperluan asas kehidupan seharian. Namun demikian, bentuk bantuan yang diberikan memainkan peranan yang signifikan dalam menentukan survival penerima bantuan. Melalui bantuan yang diberikan akan menentukan sama ada penerima kekal sebagai status penerima atau berhasil berubah status kepada penyumbang dana zakat. Kajian menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis kandungan dan temu bual. Dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa bentuk bantuan yang diberikan adalah berupa bantuan kewangan dan bantuan pemberian latihan kemahiran.  Melalui bantuan yang diberikan dapat membantu golongan asnaf fakir dan miskin untuk menampung keperluan seharian. Namun, beberapa penambahbaikan perlu diperhalusi bagi pemerkasaan golongan asnaf fakir dan miskin ke arah yang lebih baik.

Kata kunci: Bentuk bantuan, asnaf fakir dan miskin

Downloads

Published

2023-11-01

How to Cite

Md Radzi, M. B. B., Mohamad Sabari, M. F., & Towpek, H. (2023). Masjid Sebagai Alternatif Penjanaan Ekonomi Ummah. Proceeding Borneo Islamic Conference, 14, 5–8. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/359

Most read articles by the same author(s)