Pendekatan Maqasid Syariah Dalam Menangani Isu Etika Kecerdasan Buatan (Ai): Suatu Kerangka Konsep

Authors

  • Masnih Mustapa Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah, Malaysia

Keywords:

Maqasid Syariah, Etika AI, Teknologi Islam, Model Konseptual, Fiqh Kontemporari

Abstract

Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang pesat dalam pelbagai bidang seperti kesihatan, pendidikan dan kewangan telah menimbulkan beberapa isu etika, antaranya privasi data, diskriminasi algoritma dan ketelusan keputusan mesin. Namun begitu, perbahasan mengenai etika AI kebanyakannya masih dikuasai oleh pendekatan sekular Barat, manakala penerapan nilai-nilai Islam seperti Maqasid Syariah masih kurang diberi perhatian secara menyeluruh. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis isu-isu etika utama berkaitan AI serta mencadangkan satu kerangka konseptual berasaskan prinsip Maqasid Syariah sebagai panduan etika. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis pelbagai bahan rujukan termasuk kajian literatur terkini, dasar teknologi dan garis panduan etika AI. Hasil analisis mengenal pasti lima isu etika utama dalam AI yang dapat dipadankan secara langsung dengan lima prinsip utama maqasid iaitu penjagaan agama (?if? al-d?n), nyawa (al-nafs), akal (al-‘aql), keturunan (al-nasl), dan harta (al-m?l). Berdasarkan padanan tersebut, kajian ini mengemukakan satu model dinamakan Maqasid-Driven Ethical AI Framework (M-DEAF) yang merangkumi tiga komponen utama: penilaian etika, penapisan maqasid dan pelaksanaan tindakan. Kerangka ini berpotensi menjadi rujukan berguna kepada pembuat dasar, saintis data Muslim dan institusi teknologi dalam membangunkan sistem AI yang lebih beretika, adil dan berpaksikan nilai Islam. Kajian ini turut memberi sumbangan penting kepada bidang fiqh mu‘?malah kontemporari dan membuka ruang bagi kajian lanjut secara lapangan dalam pelbagai sektor industri.

Downloads

Published

2025-09-06

How to Cite

Mustapa, M. (2025). Pendekatan Maqasid Syariah Dalam Menangani Isu Etika Kecerdasan Buatan (Ai): Suatu Kerangka Konsep. Proceeding Borneo Islamic Conference, 16, 390–396. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/858