Pembangunan Sosio Ekonomi Masyarakat Muslim Idahan Sabah melalui Industri Sarang Burung : Satu Kajian Awal

  • Musaiyadah Ahmadun Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Cawangan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
  • Nur Ilma Ambo Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603, Kuala Lumpur
Keywords: Pembangunan, Sosioekonomi, Idahan, Sarang Burung

Abstract

Suku kaum Idahan merupakan antara etnik minoriti yang terdapat di Malaysia khususnya di Sabah. salah satu kegiatan ekonomi masyarakat Idahan yang dapat dilihat sehingga kini adalah melalui pengutipan sarang burung. Kegiatan ekonomi ini bertahan sehingga ke hari ini kerana ia merupakan satu kegiatan ekonomi warisan yang diperuntukkan dari satu generasi kepada satu generasi dan ia sangat berkait rapat dengan faktor sosial etnik Idahan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah pertama, menghuraikan status sosioekonomi kaum Idahan berdasarkan pendapatan dan pemilikan waris melalui industri sarang burung walet. Kedua, mengenalpasti cabaran yang dihadapi masyarakat Idahan sepanjang berkecimpung dalam industri sarang burung walet.  Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk deduktif. Melalui metod deduktif ini, literatur yang dikumpulkan adalah dalam berbentuk umum dan daripadanya akan dibuat satu kesimpulan khusus. Hasil kajian menunjukkan pendapatan masyarakat Idahan dalam industri sarang burung walet masih lagi pada tahap sederhana kerana mengikut harga pasaran dan kualiti sarang burung yang dikutip. Seterusnya, bagi pemilikan waris sarang burung walet, masyarakat Idahan menggunakan mekanisma sistem kekerabatan. Akhir sekali terdapat beberapa cabaran yang dihadapi iaitu sistem pengeluaran dan penuaian sarang burung masih bersifat tradisional dan prestasi penuaian dan kutipan hasil sarang burung masih berada tahap yang tidak memuaskan.

Published
2022-09-06
How to Cite
Ahmadun, M., & Ambo, N. I. (2022). Pembangunan Sosio Ekonomi Masyarakat Muslim Idahan Sabah melalui Industri Sarang Burung : Satu Kajian Awal. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 51-56. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/295