The Prospects of Artificial Intelligence Integration for Effective Management of Luqatah Property
Keywords:
Kecerdasan buatan; sistem barang hilang dan jumpa; luqatah; pengurusan harta Islam; penjejakan digital; AI dalam mendapatkan kembali aset.Abstract
Peningkatan pendigitalan sistem pengurusan harta sedang mengubah industri dengan menggantikan proses tradisional secara manual kepada penyelesaian bersepadu berasaskan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), Internet Benda (IoT) dan analitik data. Walau bagaimanapun, pendigitalan sistem pengurusan harta semakin berkembang, proses mendapatkan kembali dan mentadbir harta luqatah (harta hilang yang dijumpai) masih banyak bergantung pada kaedah manual, tidak bersepadu dan kurang cekap dalam pelbagai konteks. Kajian ini bertujuan meninjau prospek pengintegrasian kecerdasan buatan bagi pengurusan harta luqatah yang berkesan. Kajian ini menggunakan metodologi analisis sorotan untuk meneliti prospek pengintegrasian kecerdasan buatan bagi pengurusan harta luqatah yang berkesan. Analisis sorotan ini mendedahkan beberapa prospek integrasi kecerdasan buatan dalam pengurusan harta luqatah, iaitu: (a) peningkatan kecekapan dalam pengenalpastian dan pengesahan harta; (b) peningkatan ketelusan dan kebolehkesanan dalam pengurusan luqatah; (c) persepsi serta penerimaan masyarakat yang positif; dan (d) cabaran serta pertimbangan etika yang dikenal pasti. Kesimpulannya, pengintegrasian kecerdasan buatan mempunyai potensi besar untuk mentransformasikan pengurusan harta luqatah melalui peningkatan kecekapan, kebolehkesanan dan akauntabiliti dalam sistem barang hilang dan jumpa.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Proceeding Borneo Islamic Conference

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.