Integriti Islam dalam Tenaga Kerja Muslim Profesional

  • M.Z. Mohd Zin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Mohd Syahiran Abdul Latif Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Nurfahiratul Azlina Ahmad Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Pulau Pinang
  • Rohaya Sulaiman Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Johor
Keywords: Integriti, Islam, Tenaga Kerja Muslim Profesional

Abstract

Malaysia dilaporkan kehilangan RM 1.8 trilion pada tahun 2005-2014 melalui aliran kewangan haram yang berpunca daripada penglibatan tenaga kerja dalam aktiviti gejala rasuah. Isu integriti yang melibatkan trend rasuah di kalangan kakitangan kerajaan semakin meningkat, mencatatkan 418 kes (45.76%) pada 2018 dan 525 kes (47.68%) pada 2019. Sementara itu, kes rasuah sektor swasta dan rakyat mencatatkan 476 kes (53.24) pada 2018 dan 576 kes (52.32%) pada 2019. Manakala, Global Corruption Barometer 2017, Transparency International, GIACC pula melaporkan 23% daripada responden tinjauan menyumbang kepada rasuah kakitangan kerajaan. Kertas kerja ini menawarkan pemahaman instruktif tentang integriti modal insan, yang memerlukan pelan transformasi bersepadu dari perspektif Islam. Secara khususnya, perancangan pengukuhan integriti yang menyeluruh dan holistik diperlukan untuk meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama integriti. Keperluan implikasi positif serta penerapan maslahah (kebaikan awam) kepada tenaga kerja Muslim profesional perlu dibincangkan untuk menjelaskan bagaimana persepsi Islam mengambil kira realiti keadaan semasa yang sentiasa berubah.

Kata kunci: Integriti, Islam, Tenaga Kerja Muslim Profesional

 

Published
2022-09-06
How to Cite
Mohd Zin, M., Abdul Latif, M. S., Ahmad, N. A., & Sulaiman, R. (2022). Integriti Islam dalam Tenaga Kerja Muslim Profesional. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 388-391. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/320