Aplikasi Pendidikan Islam dan Moral dalam Variasi Etnik Malaysia

Authors

  • Azhar bin Abdul Rahman UiTM
  • Syaimak Ismail Universiti Teknologi MARA, Perlis Branch, Malaysia
  • Nor Azira Mohd Radzi Universiti Teknologi MARA, Perlis Branch, Malaysia
  • M.Z. Mohd Zin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak

Keywords:

: Aplikasi, Pendidikan, Islam, Moral, Etnik

Abstract

Malaysia terdiri dari variasi etnik meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pendidikan merealisasikan matlamat negara Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Justeru, pendidikan Islam dan pendidikan moral diwajibkan dalam konteks pendidikan wajib variasi etnik di Malaysia. Pendidikan Islam secara ringkasnya meliputi pendidikan manusia seluruhnya termasuk akal dan hati, rohani, jasmani, akhl?k dan tingkah laku ke arah perhambaan kepada Allah SWT. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan melihat aspek sejarah kemajmukan, konsep dan aplikasi pendidikan Islam dan moral di Malaysia. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kajian kepustakaan. Metod dokumentasi digunakan untuk mengumpul data dan analisis kandungan dibuat secara deskriptif. Objektif kajian untuk memahami sejarah kemajmukan dan aplikasi pendidikan Islam dan moral dalam variasi etnik di Malaysia. Hasil kajian mendapati falsafah pendidikan negara dan Rukunegara menjadi pemangkin dan kelestarian kepada pendidikan Islam dan moral di Malaysia. Kajian ini memberi faedah kepada individu dan sarjana yang berminat dalam kepelbagaian budaya dan etnik dan konsep pendidikan Islam.

Downloads

Published

2023-11-01

How to Cite

Abdul Rahman, A. bin, Ismail, S., Mohd Radzi, N. A., & Mohd Zin, M. (2023). Aplikasi Pendidikan Islam dan Moral dalam Variasi Etnik Malaysia. Proceeding Borneo Islamic Conference, 14, 373–377. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/532

Most read articles by the same author(s)