Abstract

Kecanggihan teknologi masa kini dalam dunia perubatan telah menghasilkan pelbagai penemuan baharu. Sumber asas yang digunakan di dalam penghasilan ubat samada dari segi produk atau rawatan harus diketahui sama ada ia bersifat najis dan haram untuk digunakan atau sebaliknya. KajianĀ  terdahulu mendapati hasil dapatan kajian bahawa sumber asas yang digunakan dalam penghasilan ubat adalah haram dan najis walaubagaimanapun ia memberi fokus tentang sumber asas yang digunakan dalam pemakanan. Manakala kajian tentang ini adalah bertujuan mengkaji dan menganalisa hukum penggunaan plasma darah yang digunakan untuk tujuan perubatan serta penggunaannya pada konteks darurat dimana ia dapat menjamin kesembuhan pada yang menggunakannya. Hasil dapatan kajian yang lalu juga mendapati bahawa konsep istihalah digunakan bagi penentuan samada plasma darah itu boleh menjadi suci atau tidak, sekiranya ia tidak suci, menunjukkan bahawa punca daripada istihalah fasidah. Oleh itu, penentuan hukum terhadap istihalah dalam penghasilan plasma darah mestilah menepati kehendak syariat Islam di samping memastikan hukum berkaitan isu ini tidak ketinggalan zaman.


Kata kunci: Plasma darah, perubatan, najis dan haram, istihalah


Abstract


Today's technological sophistication in the medical world has produced many new discoveries. The basic resources used in the production of medicines, whether in terms of products or treatments, should be known whether they are impure and illegal to use or otherwise. Previous studies have found that the basic resources used in the production of medicine are illegal and impure, however they focus on the basic resources used in nutrition. While the research on this is aimed at studying and analyzing the law of the use of blood plasma that is used for medical purposes as well as its use in an emergency context where it can guarantee healing for those who use it. The results of the previous study also found that the concept of istihalah is used to determine whether the blood plasma can be pure or not, if it is not pure, it shows that the cause is istihalah fasidah. Therefore, the legal determination of istihalah in the production of blood plasma must comply with the requirements of Islamic Sharia while also ensuring that the law related to this issue is up to date.


Keywords: Blood plasma, medicine, impure and haram, istihalah.