P110 Warkah Kesultanan Brunei 1259H/1842M: Analisis Filologi dan Historiografi Manuskrip Perjanjian Pemindahan Kuasa Sarawak

The 1259H/1842CE Brunei Sultanate Royal Letter: A Philological and Historiographical Analysis of the Sarawak Transfer of Power Manuscript

Authors

  • Saimi Bujang
  • noranizah yusuf Madam

Keywords:

Manuskrip Jawi, Warkah 1259H, Filologi, Historiografi, Kesultanan Brunei, James Brooke, pemindahan kuasa.

Abstract

Kajian ini meneliti Warkah Kesultanan Brunei bertarikh 1259H/1842M yang merekodkan persetujuan antara Sultan Omar Ali Saifuddin dan James Brooke. Manuskrip ini merupakan naskhah penting dalam sejarah peralihan kuasa pentadbiran Sarawak kepada kuasa kolonial Inggeris. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis fizikal, struktur bahasa, dan kandungan warkah tersebut melalui kerangka filologi dan historiografi bagi menelusuri peranannya sebagai instrumen legitimasi kuasa. Analisis filologi merungkai ciri-ciri persuratan Jawi tradisional, termasuk kedudukan cap mohor diraja, laras bahasa istana, dan terminologi Arab-Islam yang melambangkan kedaulatan identiti intektual Kesultanan Melayu-Brunei. Manakala analisis historiografi menilai bagaimana klausa dalam teks warkah seperti pengesahan pelantikan, ufti tahunan, dan syarat pemeliharaan Islam serta adat yang memanifestasikan suatu bentuk kolonialisasi tidak langsung (indirect colonisation). Dapatan kajian menegaskan bahawa manuskrip warkah ini bukan sekadar wadah komunikasi diplomatik, tetapi dimanipulasi sebagai alat perundangan strategik yang membuka ruang kepada hegemoni kuasa Barat dengan mengeksploitasi struktur pemerintahan sedia ada. Kajian ini secara langsung menyumbang kepada kelestarian warisan manuskrip Jawi serta wacana pensejarahan politik dan perundangan Islam di Kepulauan Borneo.

Published

2026-08-03

How to Cite

Bujang, S., & yusuf, noranizah. (2026). P110 Warkah Kesultanan Brunei 1259H/1842M: Analisis Filologi dan Historiografi Manuskrip Perjanjian Pemindahan Kuasa Sarawak: The 1259H/1842CE Brunei Sultanate Royal Letter: A Philological and Historiographical Analysis of the Sarawak Transfer of Power Manuscript. Proceeding Borneo Islamic Conference. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/1129

Most read articles by the same author(s)