Diaspora Masyarakat Jawa Di Sarawak: Kesan terhadap Geografi Kependudukan , Budaya dan Ekonomi

  • Yussri Bin Sawani UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
  • Azlina Bujang
  • Siti Huzaimah Sahari
  • Aiza Johari
  • Zainon Bibi
Keywords: Diaspora, Jawa, Sarawak, Malaysia, Warisan Budaya, Migrasi

Abstract

Kajian ini dijalankan dalam mengenalpasi kependudukan masyarakat berketurunan Jawa di Sarawak, Malaysia. Kajian ini dijalankan secara kualitatif secara temubual berfokus terhadap kumpulan masyarakat Jawa di beberapa lokasi penempatan utama di Negeri Sarawak, Malaysia.  Dapatan dari kajian ini mendapati penghijrahan orang Jawa ke Sarawak pada awal 1900-an memainkan peranan penting dalam membentuk landskap budaya dan sosio-ekonomi rantau ini. Penghijrahan ini didorong oleh pelbagai faktor, termasuk permintaan buruh dalam industri perladangan dan usaha pengambilan pentadbiran oleh pihak kolonial British. Pendatang Jawa bukan sahaja masuk ke rantau ini sebagai pekerja, tetapi juga kumpulan agama dan politik, seperti ulama, yang memainkan peranan penting dalam sosio budaya masyarakat setempat. Penghijrahan ini juga memberi implikasi kepada identiti budaya dan geografi kependudukan kerana diaspora Jawa berusaha untuk mengekalkan warisan mereka dan mengekalkan identiti tersendiri mereka dalam persekitaran baru. Walau bagaimanapun, cabaran dan isu juga wujud, seperti yang berkaitan dengan peraturan migrasi dan impak kepada masyarakat. Selain dari itu diaspora Jawa di Sarawak juga telah didapati dapat membentuk suatu budaya unik Jawa Sarawak yang diadaptasi oleh masyarakat setempat. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati penghijrahan orang Jawa ke Sarawak pada awal tahun 1900-an mempunyai pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek terhadap perkembangan dan dinamik budaya di rantau ini. Sumbangan dari kajian ini dapat memberi penjelasan mengenai diaspora masyarakat Jawa di Sarawak yang selama ini kurang mendapat perhatian dalam penyelidikan etnografi berbanding dengan tempat-tempat lain di Malaysia. Kajian ini juga merupakan satu kajian yang berfokus kepada penghijrahan masyarakat keturunan jawa di awal era koloni British dan penjajahan Jepun.

Published
2023-11-01
How to Cite
Sawani, Y., Bujang, A., Sahari, S. H., Johari, A., & Bibi, Z. (2023). Diaspora Masyarakat Jawa Di Sarawak: Kesan terhadap Geografi Kependudukan , Budaya dan Ekonomi. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 14, 30-38. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/369

Most read articles by the same author(s)