Peranan Persatuan Wanita Dalam Pembangunan Insan

  • Siti Huzaimah Sahari
  • Hemyza Budin Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak
  • Norlida Ismailly
  • Aiza Johari
  • Marilyn Edna Perreau
Keywords: persatuan wanita, pembangunan insan

Abstract

Persatuan wanita ditubuhkan dengan sebahagian tujuan utamanya adalah untuk membantu ahli-ahli, keluarga, masyarakat dan negara dalam pelbagai bidang, di samping memartabatkan kaum wanita. Persatuan Wanita (PEWANI) UiTM Cawangan Sarawak ditubuhkan atas dasar yang sama, iaitu membantu dalam pembangunan insan dalam pelbagai aspek. Kertas kajian ini bertujuan untuk meneroka dan berkongsi peranan yang telah dijalankan oleh pihak PEWANI UiTMCS. Data yang dibentangkan adalah dari tahun 2019 hingga 2023. Sepanjang tempoh tersebut, PEWANI UiTMCS menjalankan pelbagai aktiviti yang telah menyumbang kepada pembangunan insan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan memberi impak yang besar di mana fokusnya adalah dalam pengurusan ekonomi dan kewangan; perkongsian kemahiran dalam industri makanan; dan perkongsian ilmu pengetahuan yang meliputi aspek agama, emosi dan budaya, bantuan kemasyarakatan, dan kesihatan. Kesimpulannya, program dan aktiviti yang dijalankan oleh persatuan dapat memberi kesan positif kepada ahli, keluarga dan masyarakat, membuktikan bahawa persatuan wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan insan.

Published
2023-11-01
How to Cite
Sahari, S. H., Budin, H., Ismailly, N., Johari, A., & Perreau, M. E. (2023). Peranan Persatuan Wanita Dalam Pembangunan Insan. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 14, 59-65. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/376