Kesan Hamil Luar Nikah Dalam Kalangan Remaja Bawah Umur Menurut Syarak Dan Kesihatan

  • Nurzakiah Ramlee Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Brunei Darussalam
  • Mas Nooraini Mohiddin Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Brunei Darussalam
  • Hanan Aziz Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Brunei Darussalam
  • Hayattuddin Moksin Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Brunei Darussalam
  • Dayang Suaad Serbini Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Brunei Darussalam
  • Dayang Tiawa Awg Hamid Fakulti Teknologi Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam
Keywords: hamil luar nikah, remaja, syarak, kesihatan

Abstract

Gejala hamil luar nikah dalam kalangan remaja merupakan isu yang serius berlaku dalam masyarakat. Di antara faktor yang menyebabkan berlakunya gejala ini adalah penyalahgunaan teknologi maklumat seperti laman-laman sesawang yang berunsurkan pornografi boleh diakses dengan mudah dan sebagainya. Takrif hamil luar nikah ialah mengandung sebelum berkahwin iaitu berlaku hubungan kelamin di antara pasangan yang tidak mempunyai ikatan pernikahan yang sah. Menurut syarak perbuatan sebegini adalah dikategorikan sebagai zina dan hukumnya haram. Berikutan itu kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan dari sudut perundangan Islam dan juga kesihatan mengenai isu hamil luar nikah dalam kalangan remaja bawah umur. Metodologi kajian berdasarkan kepada kaedah kualitatif deskriptif mengguna pakai teknik analisa dokumen dan statistik. Kaedah kepustakaan adalah asas utama dalam penulisan ini yang menganalisa secara deduktif menggunakan dalil-dalil al-Quran dan hadith sehingga mencapai satu kesimpulan yang kukuh dalam mengenal pasti kesan hamil luar nikah dalam kalangan remaja bawah umur dari segi syarak. Dapatan kajian mendapati bahawa golongan remaja yang hamil luar nikah berhadapan implikasi dari aspek perundangan syariah dan impak negatif dari sudut kesihatan sama ada mental mahupun fizikal.

Published
2022-09-06
How to Cite
Ramlee, N., Mohiddin, M. N., Aziz, H., Moksin, H., Serbini, D. S., & Awg Hamid, D. T. (2022). Kesan Hamil Luar Nikah Dalam Kalangan Remaja Bawah Umur Menurut Syarak Dan Kesihatan. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 190-194. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/291