Faktor Kehamilan Luar Nikah dalam kalangan Remaja di Negara Brunei Darussalam

  • Mas Nooraini Mohiddin Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Brunei Darussalam
  • Nurzakiah Ramlee Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Brunei Darussalam
  • Hanan Aziz Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Brunei Darussalam
  • Hayatuddin Moksin Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Brunei Darussalam
  • Dayang Suaad Serbini Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Brunei Darussalam
  • Dayang Tiawa Awg Hamid Fakulti Teknologi Islam, UNISSA, Brunei Darussalam.
Keywords: Kehamilan, Luar Nikah, Remaja

Abstract

Fenomena kes kehamilan luar nikah bukanlah suatu perkara yang asing berlaku di kebanyakan negara membangun tanpa mengira ugama dan bangsa dan ini termasuklah Brunei Darussalam. Kes ini bukan hanya berlaku dalam kalangan belia bahkan masalah sosial ini juga terjadi dalam kalangan remaja yang sinonim dengan aset pembangunan negara di masa hadapan. Kehamilan luar nikah memberi gambaran bahawa perbuatan zina sedang berkembang luas di sebabkan oleh pelbagai faktor selain dari faktor yang berlaku di luar kawalan seperti jenayah rogol dan terpaksa. Kajian ini bertujuan untuk mengupas faktor yang menyumbang ke arah peningkatan kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja di Negara Brunei Darussalam. Metodologi penyelidikan yang diguna pakai adalah secara kualitatif deskriptif dengan menggunakan analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan disamping method temubual dengan pihak berkaitan. Analisis dilakukan dengan meneliti maklumat data sekunder terutama penulisan, jurnal dan artikel. Kajian perpustakaan dijalankan dengan bersumberkan buku, kertas kerja seminar, laman sesawang yang berkaitan. Banyak faktor yang menyumbang ke arah peningkatan isu gejala ini di Brunei Darussalam di antaranya ialah pengaruh media massa, pengaruh rakan sebaya, kurang perhatian keluarga dan sebagainya. Impak dari seks luar nikah ini akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada pasangan remaja yang melakukanya malahan membabitkan banyak pihak seperti keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, kerjasama dari pelbagai diperlukan bagi mengelakkan kejadian ini berleluasa kerana remaja memerlukan sokongan dari semua pihak terutama sekali keluarga untuk berubah untuk menjadi lebih baik dan bertanggungjawab.

Published
2022-09-03
How to Cite
Mohiddin, M. N., Ramlee, N., Aziz, H., Moksin, H., Serbini, D. S., & Awg Hamid, D. T. (2022). Faktor Kehamilan Luar Nikah dalam kalangan Remaja di Negara Brunei Darussalam. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 153-160. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/268