Sumbangan Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri dalam Pendidikan Brunei sebelum dan selepas kemerdekaan 1984

  • Norhayati Abd Karim Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam
  • Nurzakiah Ramlee
Keywords: Pembangunan, Pendidikan Brunei, Pendidikan Islam, Residen British, Sejarah Brunei.

Abstract

Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri seorang sejarahwan Brunei yang banyak berjasa kepada negara. Sebagai seorang Indung Sejarah Brunei, Allahyarham telah menyaksikan perkembangan Brunei di bawah pemerintahan tiga Sultan Brunei bermula dari pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin, Maulana Sultan Omar Ali Saifuddien dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Sebelum YB Pehin menjadi Pengetua Pusat Sejarah, YB Pehin merupakan seorang guru dan pegawai pendidikan yang dilantik untuk memantau perkembangan pendidikan di Brunei semasa di bawah Residen British. Satu dasar pendidikan peringkat asas dijadikan rancangan untuk membangun pendidikan Brunei ketika itu, yang mana dasar pendidikan berkenaan masih releven dan digunapakai sehingga sekarang. Dengan kaedah kualitatif sebagai metodologi kajian yang bersumberkan dari bahan perpustakaan, didapati dasar pendidikan Brunei pada peringkat awalnya sebelum kemerdekaan, dibangun dengan dasar pendidikan Islam. Dasar yang digagaskan ketika itu disepakati oleh Ulama-Ulama Brunei. Hasilnya sumbangan Yang Berhormat Pehin dalam pendidikan merupakan jentera ke arah pembangunan pendidikan Negara Zikir.

Published
2022-09-02
How to Cite
Abd Karim, N., & Ramlee, N. (2022). Sumbangan Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri dalam Pendidikan Brunei sebelum dan selepas kemerdekaan 1984. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 142-147. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/266