Fesyen 'Halal Style ' menurut Perspektif Staf UNISSA

  • Mas Nooraini Mohiddin Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Brunei Darussalam
  • Dayang Suaad Serbini Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Brunei Darussalam
Keywords: Fesyen, halal, staf, UNISSA

Abstract

Halal Lifestyle atau gaya hidup halal telah menjadi satu trend yang global sejak akhir-akhir ini. Ironinya, Halal Lifestyle ini bukan sahaja mempengaruhi negara-negara Muslim bahkan ianya juga telah meresap ke negara-negara yang majoriti penduduknya non-Muslim. Hal ini secara tidak langsung, menunjukkan bahawa seantero dunia memberikan respon yang positif terhadap suatu sistem yang berpaksikan syariat Islam. Setakat ini, Universiti Islam Sultan Sharif Ali merupakan satu-satunya universiti yang menawarkan major program dalam pengajian Islam di Negara Brunei Darussalam. Dalam usaha untuk melahirkan graduan yang bertaraf ulama yang tulen dan berwibawa sejajar dengan misi UNISSA, bukan terbatas kepada gaya hidup pelajar sahaja menjadi salah satu sukatan penentu tercapai atau tidak objektif berkenaan bahkan amalan dalam kalangan staf termasuk ahli akademik dan kakitangan sokongan turut di ambil kira. Salah satu di antara gaya hidup yang perlu dititik beratkan adalah dari sudut berpakaian atau berfesyen. Memandangkan saban hari pelbagai fesyen terkini muncul dan menjadi ikutan orang ramai tanpa mengambil kira penyempurnaan dalam menutup aurat mengundang isu yang perlu di ambil perhatian serius. Ini memandangkan kakitangan yang bertugas di UNISSA datang dari latar belakang pendidikan yang berbeza. Bahkan isu penutupan aurat yang tidak sempurna ini bukan sahaja boleh mencacatkan nama baik agama Islam, bahkan juga Negara Brunei Darussalam yang memegang falsafah Melayu Islam Beraja. Kajian ini akan fokus kepada fesyen gaya halal dari sudut pemahaman serta sejauh mana amalan ini menjadi trend staf UNISSA. Kaedah yang akan digunakan dalam pengumpulan data adalah melalui kaji selidik dengan menggunakan metod kuantitatif di samping rujukan dari buku, penulisan artikel kertas kerja dan sebagainya. Jangkaan hasil kajian adalah latar belakang pendidikan yang berbeza di kalangan staff UNISSA akan mempengaruhi tahap kefahaman dan amalan staf berkaitan fesyen halal style ini.  Penguatkuasaan dan penambahbaikan peraturan-peraturan penutupan aurat yang sempurna perlu dipertingkatkan dan pada masa yang sama tidak mengabaikan fesyen gaya hidup terkini. Di samping mengukuhkan lagi kefahaman betapa pentingnya kewajipan menutup aurat agar mereka sedar bahawa ianya adalah merupakan peraturan syariah dan bukannya semata-mata terikat dengan peraturan Universiti

Published
2022-09-06
How to Cite
Mohiddin, M. N., & Serbini, D. S. (2022). Fesyen ’Halal Style ’ menurut Perspektif Staf UNISSA. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 73-78. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/297