Peningkatan Kes Curi di Brunei Darussalam: Punca dan Penyelesaiannya, Analisis Awal dari Perspektif Agensi Perundangan

  • Abdurrahman Raden Aji Haqqi Fakulti Shariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam
  • Ahmad Masum Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Brunei Darussalam
  • Cecep Soleh Kurniawan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Brunei Darussalam
  • Mas Nooraini Mohiddin Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Brunei Darussalam
  • Hanan Abdul Aziz Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Brunei Darussalam
  • Supri Sudin Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Brunei Darussalam
  • Zurairatul Zakiah Rajid Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA, Brunei Darussalam
Keywords: curi-agensi perundangan-punca-penyelesaian

Abstract

Jenayah ialah produk sosial. Sifat dan ragamnya mencerminkan keadaan masyarakat. Dalam menangani jenayah, kita dapat lihat bagaimana sesebuah negara merumuskan polisi dan undang-undang mengikut keperluan semasa. Penyelidikan mengenai langkah menangani jenayah perlu dibumikan melalui gandingan tenaga merentasi sektor perkhidmatan. Kerjasama antara penguat kuasa, pengamal undang-undang dan penyelidik akademik perlu sentiasa dipertingkatkan. Perbuatan mencuri merupakan satu jenayah yang tidak dapat diterima oleh pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat. Ini disebabkan oleh perbuatan mengambil barangan orang lain tanpa keizinan dan pengetahuannya merupakan satu bentuk jenayah berat. Perbuatan sedemikian merupakan satu aspek penganiayaan secara tidak langsung terhadap tenaga dan usaha orang lain. Segala penat lelah dan usaha untuk memperoleh sesuatu benda atau harta yang bermanfaat, akhirnya diambil tanpa keizinan oleh pihak lain dengan mudah. Kes-kes kecurian yang dilaporkan oleh media massa dari hari ke hari amat membimbangkan. Kes-kes ini melibatkan semua kalangan masyarakat tidak kira umur, jantina, mahupun berpendidikan. Jika diperhatikan berita-berita yang dilaporkan seperti di atas, maka jelaslah ada kalanya manusia hilang perikemanusiaan sehingga sanggup mengambil hak orang lain serta menganiayai orang lain. Objektif kajian ini adalah untuk mendedahkan dan mengenal pasti peranan agensi perundangan dalam menangani kes curi di Brunei Darussalam. Menerusi kajian perpustakaan dan lapangan dengan menemu bual pihak-pihak terbabit sama ada mahkamah, polis, penjara dan pelaku jenayah curi, kajian ini disiapkan dengan harapan peningkatan kes-kes curi di Brunei Darussalam akan dapat dicari punca dan cara penyelesaiannya agar jenayah curi dapat dihadkan kelajuannya.

Kata kunci: curi-agensi perundangan-punca-penyelesaian

Published
2022-09-06
How to Cite
Raden Aji Haqqi, A., Masum, A., Kurniawan, C. S., Mohiddin, M. N., Abdul Aziz, H., Sudin, S., & Rajid, Z. Z. (2022). Peningkatan Kes Curi di Brunei Darussalam: Punca dan Penyelesaiannya, Analisis Awal dari Perspektif Agensi Perundangan. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 13, 130-135. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/311