P109 Pelaksanaan Kursus Kemahiran Insaniah Berpusatkan Masjid di Sarawak
Abstract
Kajian ini digagaskan bagi menangani persepsi masyarakat yang mengehadkan peranan masjid kepada ibadah khusus semata-mata, di samping merapatkan jurang akses latihan kemahiran insaniah dalam kalangan belia di Sarawak. Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti aktiviti kemahiran yang sesuai, menganalisis keperluan pengoperasian, dan merangka garis panduan pelaksanaan kursus berpusatkan masjid. Menggunakan pendekatan kualitatif, pengumpulan data dilaksanakan menerusi analisis dokumen dan bahan ilmiah seperti jurnal, buku dan medium cetak yang berautoriti. Kajian ini berhasil memberi pendeahan terhadap modul kemahiran yang bertepatan dengan keperluan belia dan juga keperluan semasa sekali gus mentransformasikan masjid sebagai One-Stop Centre untuk meningkatkan kebolehpasaran belia serta profesionalisme pengurusan masjid. Secara keseluruhannya, kajian ini memberikan impak signifikan sebagai model rujukan empirikal dan dasar kepada pihak berkuasa agama dalam memartabatkan sosioekonomi masyarakat serta memperkaya literatur pembangunan modal insan di mana sahaja secara amnya dan di Sarawak secara khususnya.