P058 Kompleks Asnaf Warga Emas Berasaskan Dana Zakat di Atas Tanah Wakaf di Pahang: Satu Kajian Kes

  • Asiah Aqilah Abdul Ghani Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Asyraf Yusof Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan
  • Norshahira Kamarzaman Department of General Studies Politeknik Port Dickson 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Nurul Asikin Abdul Razak Centre of Shariah, Faculty of Islamic Studies, National University Malaysia
Keywords: Zakat, wakaf, kompleks asnaf, warga emas

Abstract

Kajian ini membincangkan tadbir urus kompleks asnaf warga emas di Pahang sebagai satu model kebajikan Islam yang menggabungkan penggunaan dana zakat dan tanah wakaf bagi memenuhi keperluan golongan warga emas fakir miskin. Berbeza dengan konsep perumahan asnaf berkeluarga, kompleks ini berfungsi sebagai pusat penempatan dan penjagaan khusus kepada warga emas yang susah, terlantar, tiada waris atau mempunyai waris yang tidak berkemampuan menjaga mereka. Kajian ini bertujuan menganalisis konsep pelaksanaan, bentuk tadbir urus pembiayaan, kriteria kelayakan penghuni, hak manfaat serta cabaran kelestarian pengurusan kompleks tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes. Data diperoleh melalui temu bual separa struktur bersama informan agensi zakat di Pahang dan dianalisis secara tematik. Dapatan menunjukkan bahawa tanah wakaf berperanan sebagai tapak pembangunan kompleks, manakala dana zakat fakir miskin digunakan bagi pembinaan, operasi, gaji kakitangan, penjagaan penghuni dan kos pengurusan. Penghuni tidak diberikan pemilikan penuh terhadap tanah atau bangunan, sebaliknya menikmati hak manfaat secara percuma sepanjang masih memenuhi kriteria kelayakan dan memerlukan perlindungan. Tadbir urus kompleks turut melibatkan kerjasama antara JKM, KKM, hospital dan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) berkaitan dalam proses rujukan, siasatan, pemantauan dan penjagaan penghuni. Walau bagaimanapun, kelestarian model ini berdepan cabaran seperti kos operasi berterusan, kapasiti terhad, senarai menunggu dan pengurusan ragam penghuni warga emas. Kajian ini menyimpulkan bahawa model Pahang memperlihatkan integrasi praktikal antara zakat dan wakaf dalam menyediakan perlindungan sosial kepada asnaf warga emas, namun memerlukan tadbir urus operasi yang tersusun, dinamik dan mampan.

Published
2026-07-11
How to Cite
Abdul Ghani, A., Yusof, M., Kamarzaman, N., & Abdul Razak, N. (2026). P058 Kompleks Asnaf Warga Emas Berasaskan Dana Zakat di Atas Tanah Wakaf di Pahang: Satu Kajian Kes. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/1069