Media Sosial sebagai Medium Perkongsian Maklumat: Eksplorasi aktiviti atas talian masjid dan surau di Bahagian Kota Samarahan, Sarawak

  • Norlida Ismailly Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak
  • Nurfaizah Kamarudin Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak
  • Zainon Hj Bibi Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak
  • Imilia Ibrahim Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak
  • Sabariah Abd Samad Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak
Keywords: Media sosial, Maklumat, Masjid, Teknologi maklumat

Abstract

Kepesatan kemajuan teknologi maklumat sejak beberapa dekad telah membawa perubahan dramatik dalam perkembangan media komunikasi. Platform media sosial merupakan salah satu  media atas talian yang begitu popular dan amat berpengaruh dalam kalangan masyarakat hari ini. Ianya membolehkan interaksi di antara individu atau organisasi menjadi lebih mudah dan pantas sekaligus membuka peluang dan ruang perkongsian maklumat dan berhubung secara global. Masjid dan surau merupakan institusi keagamaan yang bukan sahaja bersifat sebagai tempat untuk beribadah tetapi juga berperanan sebagai pusat pendidikan dan penyebaran fahaman Islam selain menjadi hub melaksanakan aktiviti kemasyarakatan. Selari dengan perkembangan dan trend semasa, arus perkembangan teknologi maklumat  juga memberi impak terhadap peranan masjid dan surau di dalam usaha menyebarkan syiar Islam dan berkongsi maklumat mahupun ilmu daripada para ilmuan dan ulama. Media sosial dilihat sebagai salah satu alternatif untuk mendekati kariah dengan menyalurkan maklumat mengenai kegiatan dan program yang dijalankan oleh pihak pengurusan masjid dan juga isu-isu semasa yang berkaitan dengan masyarakat. Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan media sosial oleh pihak  pengurusan masjid bagi tujuan  penyebaran dan perkongsian maklumat aktiviti atau program pengimarahan masjid kepada masyarakat setempat. Kajian dijalankan melalui analisis  media sosial  yang digunakan dan jenis kandungan yang dikongsikan. Justeru memberi impak yang positif kepada para kariah dalam menerima dan memggunakan bahan maklumat yang tepat, betul dan sahih.

Published
2023-11-01
How to Cite
Ismailly, N., Kamarudin, N., Hj Bibi, Z., Ibrahim, I., & Abd Samad, S. (2023). Media Sosial sebagai Medium Perkongsian Maklumat: Eksplorasi aktiviti atas talian masjid dan surau di Bahagian Kota Samarahan, Sarawak. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 14, 185-192. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/413