Integrasikan Wakaf Dalam Ekosistem Halal: Pengalaman Iwah, Uitm Sarawak

Authors

  • Mohd Syahiran Abdul Latif Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Firdaus Abdullah UiTM Cawangan Sarawak
  • Saimi Bujang UiTM Cawangan Sarawak
  • S. Salahuddin Suyurno Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Mohd Asyraf Yusof UiTM Cawangan Sarawak
  • Jamil Hamali UiTM Cawangan Sarawak

Keywords:

wakaf, halal, ekonomi Islam, maqasid al-shariah, inovasi sosial Islam, IWAH, UiTM Sarawak

Abstract

Membincangkan secara analitik terhadap integrasi konsep wakaf dalam pembangunan ekosistem halal dengan memberi tumpuan kepada pengalaman Institut Perwakafan dan Penyelidikan Halal (IWAH), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak sebagai model pelaksanaan institusi. Menerusi pendekatan kualitatif berasaskan analisis konseptual dan kajian kes institusi, kajian ini menganalisis hubungan simbiotik antara instrumen wakaf dan industri halal dalam memacu kelestarian dan perkembangan ekosistem halal, sekali gus memperkasakan ekonomi Islam berlandaskan prinsip maq??id al-shar?‘ah. Sorotan literatur menunjukkan bahawa integrasi wakaf-halal mampu berfungsi sebagai mekanisme pembiayaan alternatif yang berdaya tahan dalam menyokong penyelidikan, inovasi dan keusahawanan halal, namun masih berdepan cabaran dari segi dasar, tadbir urus, dan kesedaran sosial. Kajian mendapati bahawa pelaksanaan konsep ini di IWAH bukan sekadar teori, tetapi direalisasikan melalui pengurusan wakaf produktif yang menyokong operasi makmal halal, pembiayaan pendidikan dan pembangunan Kompleks Industri Halal. Pendekatan ini mencerminkan model “value-based productive waqf” yang menggabungkan ilmu, amal dan nilai dalam rangka pembangunan ekonomi Islam yang lestari. Berdasarkan penemuan ini, kajian mencadangkan satu model integratif institusi (Waqf-Halal Institutional Integration Framework) yang boleh dijadikan rujukan kepada institusi pendidikan tinggi Islam lain dalam mengoptimumkan wakaf sebagai sumber strategik pembangunan halal di Malaysia.

Kata kunci: wakaf, halal, ekonomi Islam, maqasid al-shariah, inovasi sosial Islam, IWAH, UiTM Sarawak

Downloads

Published

2026-10-21

How to Cite

Abdul Latif, M. S., Abdullah, F., Bujang, S., Suyurno, S. S., Yusof, M. A., & Hamali, J. (2026). Integrasikan Wakaf Dalam Ekosistem Halal: Pengalaman Iwah, Uitm Sarawak. Proceeding Borneo Islamic Conference, 17, 154–160. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/1205

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2