P018 Wanita dan perniagaan jualan langsung: Antara pengorbanan, cabaran dan peluang

  • CYRIL SUPAIN CHRISTOPHER UiTM MALAYSIA

Abstract

Malaysia adalah antara negara yang mempunyai pasaran jualan langsung yang aktif di Asia. Menurut Direct Selling Association of Malaysia (DSAM) dan World Federation of Direct Selling Associations (WFDSA), industri ini menyumbang berbilion ringgit setiap tahun kepada ekonomi negara. Beberapa syarikat antarabangsa dan tempatan yang terkenal seperti Amway, Cosway, Tupperware,Mary Kay, Farmasi dan Elken beroperasi secara aktif di sini. Kajian awal ini merungkai apakah faktor-faktor yang mengalakkan kaum wanita di Malaysia khususnya di negeri Sabah menceburkan diri didalam perniagaan jualan langsung. Sejumlah 37 responden dikalangan peniaga jualang langsung terlibat didalam pengumpulan data ini secara temuduga bersemuka mahupun secara atas talian. Diakhir kajian ini, kita dapat melihat potensi dan cabaran-cabaran bagi golongan wanita di Sabah untuk melibatkan diri didalam dunia perniagaan khususnya perniagaan jualan langsung.

KATA KUNCI: perniagaan JUALAN LANGSUNG, “DIRECT SELLING”, USAHAWAN WANITA

Published
2026-06-24
How to Cite
CHRISTOPHER, C. (2026). P018 Wanita dan perniagaan jualan langsung: Antara pengorbanan, cabaran dan peluang. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/1018