Kecenderungan Belia Bumiputera Malaysia: Berniaga atau Makan Gaji

  • Cyril Supain Christoper UiTM MALAYSIA
Keywords: Berniaga,Belia, Bumiputera, Makan Gaji, Kerjaya

Abstract

Persoalan yang kerap berlegar di minda setiap belia atau orang muda diantaranya mahubekerja sendiri (berniaga) ataupun bekerja dengan orang lain (makan gaji)? yang mana satumenjadi pilihan utama mereka? Jawapannya amat bergantung pada apa yang diingini keranasetiap pilihan mempunyai pro dan kontra. Ya, ramai yang memilih kerja berdasarkan minat dan kelayakan mereka. Kita diberi pilihan dan setiap orang berhak untuk memilih sesuatuuntuk kebaikan dirinya untuk jangka masa panjang. Didalam kajian ini penyelidik memfokuskan pelajar yang berada di tahun akhir di dalam Fakulti Pengurusan danPerniagaan,Perakaunan, Pentadbiran Awam, Sains dan Perladangan. Sebanyak 150 soal selidik diedarkan kepada responden di Universiti awam iaitu Universiti Teknologi MARAyangmerangkumi pelajar dari beberapa negeri di Malaysia. Analisa SPSS digunakan untuk menganalisis data bertujuan untuk mendapatkan maklumat dari pelajar berkaitan halatuju kerjaya mereka samaada mereka ingin bekerja sendiri yakni berniaga ataupun berkerja dengan pihak lain iaitu makan gaji.

Kata Kunci: Berniaga,Belia, Bumiputera, Makan Gaji, Kerjaya

Published
2023-11-01
How to Cite
Christoper, C. (2023). Kecenderungan Belia Bumiputera Malaysia: Berniaga atau Makan Gaji. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 14, 159-164. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/401