Pelaksanaan Projek Freshwater Lobster Production: Green Aquaponics Perennial System (Flp-Gaps) Oleh Komuniti Berpendapatan Rendah (B40) Dengan Pematuhan Kod Amalan Baik

  • Hendry Joseph 1 Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Universiti Teknologi MARA, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Rozita @ Uji Mohammed Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA, Kota Kinabalu, Sabah,
Keywords: Akuakultur, pembasmian kemiskinan, Freshwater Lobster Production: Green Aquaponics Perennial System, kod amalan baik MS 1998:2017, pensijilan MyGap, pensijilan halal.

Abstract

Sektor akuakultur di Malaysia berperanan sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara yang bernilai RM3.6 bilion pada tahun 2021 disamping membekalkan sumber protin dalam keperluan nutrisi makanan negara. Selain itu subsektor akuakultur air tawar banyak diimplementasikan dalam program pembasmian kemiskinan seperti penternakan ikan tilapia, ikan keli dan ikan haruan yang telah berjaya mengeluarkan rakyat dari kepompong kemiskinan. Mutakhir ini penternakan freshwater lobster iatu udang kara air tawar yang lebih dikenali sebagai lobster air tawar (LAT) semakin popular dikalangan penduduk sebagai sumber pendapatan tambahan kepada ekonomi keluarga. Diberikan nama saintifik Cherax quadricarinatus ia berasal dari Australia utara dan New Guinea selatan dengan jangka hayat mencapai 5 tahun, saiz panjang badan dewasa lebih dari 20 cm yang berwarna kebiruan serta sepit berwarna merah bagi jantan. Pada awalnya udang ini dibawa ke Malaysia sebagai ternakan hiasan pada 2013 yang kemudiannya dikomersilkan sebagai makanan lazat serta premium dan mendapat permintaan yang baik. Saiz matang yang boleh dijadikan induk adalah yang berumur 7-10 bulan, dengan saiz panjang badan 10 cm ke atas bagi jantan manakala di antara 9-10 cm bagi betina yang menghasilkan 80-300 biji telur setiap kali bertelur. Di dalam habitat semulajadi ia memakan biji-bijian, ubi, tumbuhan dan memangsa hidupan lain dari keluarga udang. Pada tahun 2019 sekumpulan pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah telah berjaya mendapat dana TERAJU bernilai RM3.5 juta bagi melaksanakan projek pembasmian kemiskinan menggunakan platform Freshwater Lobster Production: Green Aquaponics Perennial System (FLP-GAPS). LAT adalah hidupan eksotik di Malaysia oleh itu penternakan secara komersil perlu mematuhi kod amalan baik berpandukan MS 1998:2017 – Good Aquaculture Practice (GAqP) – Aquaculture Farm General Guidelines bermatlamatkan penghasilan produk akuakultur selamat dimakan dan berkualiti tanpa memudaratkan persekitaran, kebajikan haiwan dan mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pengeluaran LAT berpandukan kod amalan baik adalah persiapan rapi sebelum permohonan pensijilan MyGAP yang diaudit oleh Jabatan Perikanan Sabah, dan dengan pensijilan tersebut akan membantu dalam pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Published
2023-11-01
How to Cite
Joseph, H., & Mohammed, R. @ U. (2023). Pelaksanaan Projek Freshwater Lobster Production: Green Aquaponics Perennial System (Flp-Gaps) Oleh Komuniti Berpendapatan Rendah (B40) Dengan Pematuhan Kod Amalan Baik. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 14, 110-121. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/395