Pemerkasaan Kurikulum Mata Pelajaran Umum (MPU) Berasaskan Nilai Maqasid Syariah: Satu Tinjauan Awal di UiTM Cawangan Sarawak

Authors

  • Nazirah Hamdan Dr.
  • Noor Ain Mohd Noor
  • Nur Adilah Amiruddin
  • Mohamad Bazli Md Radzi
  • Mohd Asyraf Yusof

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau tahap kefahaman dan persepsi pelajar terhadap integrasi nilai Maqasid Syariah dalam pembelajaran Mata Pelajaran Umum (MPU) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak. Nilai Maqasid Syariah yang merangkumi pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, bertepatan dengan aspirasi kurikulum MPU dalam membentuk pelajar seimbang dan beretika. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan deskriptif dengan pengumpulan data melalui soal selidik yang melibatkan pelajar yang telah mengikuti kursus MPU. Dapatan awal menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap kefahaman yang sederhana terhadap Maqasid Syariah dan menganggap penerapan nilai tersebut masih bersifat tidak langsung. Kajian mencadangkan pengukuhan kandungan MPU dengan pendekatan yang lebih tersusun berasaskan nilai Maqasid Syariah bagi mempertingkat penghayatan dan kesedaran etika pelajar.

Downloads

Published

2025-09-06

How to Cite

Hamdan, N., Mohd Noor, N. A., Amiruddin, N. A., Md Radzi, M. B., & Yusof, M. A. (2025). Pemerkasaan Kurikulum Mata Pelajaran Umum (MPU) Berasaskan Nilai Maqasid Syariah: Satu Tinjauan Awal di UiTM Cawangan Sarawak. Proceeding Borneo Islamic Conference, 16, 107–111. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/731

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2