Integrasi Religiositi dan Etika Kecerdasan Buatan dalam Kurikulum Pendidikan Islam Alaf Baharu: Analisis Kritis dan Cadangan Model PLS-SEM bagi Identiti Moral Belia Muslim

Authors

  • M.Z. Mohd Zin Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, Malaysia
  • Nurfahiratul Azlina Ahmad Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang, Malaysia
  • Rohaya Sulaiman Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor, Malaysia

Keywords:

Islamic education; digital religiosity; AI ethics; cyber fiqh; moral internalization; religious symbolization; PLS-SEM

Abstract

Perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) mengubah cara belia mencari ilmu agama, berkomunikasi dan membina jati diri. Dalam Pendidikan Islam, cabaran utama bukan lagi keupayaan teknikal, tetapi sejauh mana nilai religiositi dan etika Islam dapat diintegrasikan dalam pembelajaran yang melibatkan AI. Kertas konseptual ini menganalisis secara kritis integrasi religiositi dan etika AI dalam kurikulum Pendidikan Islam peringkat menengah di Malaysia, dan mencadangkan model pemodelan persamaan berstruktur kuasa dua terkecil separa (PLS-SEM) untuk menguji pengaruh religiositi digital dan etika AI terhadap dua dimensi identiti moral, iaitu internalisasi akhlak dan simbolisasi keagamaan. Berasaskan Teori Identiti Moral (Aquino & Reed, 2002), dimensi religiositi (Glock & Stark, 1965) serta konsep tazkiyah al-nafs dan maqasid al-syariah, kertas ini mengenal pasti tiga jurang: jurang kurikulum dan etika AI, jurang konseptual antara penghayatan dalaman dengan penzahiran luaran, dan jurang pemodelan empirikal. Sebagai respons, kertas ini mengemukakan lima hipotesis, reka bentuk tinjauan keratan rentas terhadap 400 belia Muslim berumur 15 hingga 21 tahun di enam zon geografi, dan tiga pilar integrasi kurikulum, iaitu tabayyun digital, integriti dan amanah akademik, serta penyucian niat. Kertas ini tidak melaporkan data primer; cadangan yang dikemukakan bersifat konseptual dan perlu diuji secara empirikal. Implikasinya ialah asas bagi menambah baik Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam berasaskan maqasid al-syariah.

Kata kunci: Pendidikan Islam; religiositi digital; etika AI; fiqah siber; internalisasi akhlak; simbolisasi keagamaan; PLSSEM

The rapid growth of artificial intelligence (AI) is changing how youth seek religious knowledge, communicate and construct identity. In Islamic education, the main challenge is no longer technical capability but the extent to which religious values and Islamic ethics can be integrated into AI-mediated learning. This conceptual paper critically analyses the integration of religiosity and AI ethics in the Malaysian secondary Islamic education curriculum and proposes a partial least squares structural equation model (PLS-SEM) to test the influence of digital religiosity and AI ethics on two dimensions of moral identity: moral internalization and religious symbolization. Drawing on moral identity theory (Aquino & Reed, 2002), the dimensions of religiosity (Glock & Stark, 1965), and the concepts of tazkiyah al-nafs and maqasid al-shariah, the paper identifies three gaps: a curriculum and AI ethics gap, a conceptual gap between inward commitment and outward display, and an empirical modelling gap. In response, it proposes five hypotheses, a crosssectional survey design involving 400 Muslim youths aged 15 to 21 across six geographical zones, and three pillars for curriculum integration: digital tabayyun, academic integrity and trust, and purification of intention. The paper reports no primary data; its propositions are conceptual and require empirical testing. The proposals offer a basis for strengthening the Islamic Education Curriculum and Assessment Standards Document (DSKP) grounded in maqasid alshariah.

Keywords: Islamic education; digital religiosity; AI ethics; cyber fiqh; moral internalization; religious symbolization; PLS-SEM

Downloads

Published

2026-10-26

How to Cite

Mohd Zin, M., Ahmad, N. A., & Sulaiman, R. (2026). Integrasi Religiositi dan Etika Kecerdasan Buatan dalam Kurikulum Pendidikan Islam Alaf Baharu: Analisis Kritis dan Cadangan Model PLS-SEM bagi Identiti Moral Belia Muslim. Proceeding Borneo Islamic Conference, 17, 287–294. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/1215