Bacaan Pantas sebagai Inovasi Pedagogi untuk Memupuk Minat Terhadap Jawi

  • Dayang Azimah binti Abang Yusof Universiti Teknologi Mara Sarawak
  • Khairil Bahrom Rosli Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak
Keywords: Bacaan pantas, jawi, kemahiran, pedagogi

Abstract

Dalam dunia digital hari ini, masyarakat sering berdepan dengan lambakan maklumat, namun ramai yang masih tidak memiliki kemahiran membaca secara efektif. Tabiat membaca perlahan, suka mengulang ayat, dan mudah hilang fokus menyukarkan penyerapan maklumat. Justeru, teknik bacaan pantas diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk meningkatkan kelajuan membaca, kefahaman dan minat terhadap bahan bacaan. Kajian ini mengupas keberkesanan penggunaan teknik bacaan pantas dalam meningkatkan minat dan keupayaan membaca tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat. Kajian ini mengambil pendekatan dengan menggunakan instrumen soal selidik, ujian bacaan, dan pemerhatian. Dapatan menunjukkan peningkatan positif dalam aspek motivasi dan kecekapan membaca Jawi. Teknik ini berpotensi sebagai inovasi pedagogi dalam pengajaran serta pembelajaran Jawi yang lebih berkesan dan menyeronokkan.

Published
2025-09-06
How to Cite
Abang Yusof, D. A., & Rosli, K. (2025). Bacaan Pantas sebagai Inovasi Pedagogi untuk Memupuk Minat Terhadap Jawi. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 16, 233-239. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/794