P063 Kelestarian Akuakultur Melalui Penggunaan Mikroalga Dari Perspektif Etika Islam: Satu Kajian Literatur

  • Mohd Shafik bin Mohd Samsi Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak Kampus Mukah, Malaysia
  • Mohd Zuhaili Kamal Basir Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak
  • Norliza Gerunsin Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak Kampus Mukah, Malaysia
Keywords: Akuakultur, Mikroalga, Kelestarian, Islam

Abstract

Industri akuakultur dilihat semakin berkembang dengan teknologi-teknologi terkini yang mampu memberikan hasil yang lebih berkualiti. Berikutan cabaran yang lebih tinggi dalam penghasilan produk akuakultur seperti pencemaran alam sekitar, kebergantungan terhadap sumber makanan tidak lestari, dan isu keselamatan makanan, kelestarian dalam industri akuakutur dilihat semakin menjadi keutamaan pada masa kini. Mikroalga dilihat sebagai sumber semula jadi yang berpotensi tinggi dalam meningkatkan kelestarian sistem akuakultur melalui fungsinya sebagai sumber pemakanan alternatif dan juga biofilter. Kajian ini bertujuan untuk melihat secara literatur saintifik berkenaan peranan mikroalga dalam sistem akuakultur dan menghubungkannya dengan prinsip etika Islam seperti tawazun (keseimbangan), amanah, dan maslahah (kemaslahatan umum). Kaedah kajian ini berbentuk kualitatif berasaskan analisis kandungan literatur menerusi koleksi jurnal, artikel ilmiah, tesis dan buku-buku yang berkaitan bidang kajian sains akuakultur dan prinsip syariah. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan mikroalga bukan sahaja menyumbang kepada amalan akuakultur yang lebih bersih dan lestari, malah selari dengan ajaran Islam yang menekankan tanggungjawab manusia sebagai khalifah dalam menjaga kelestarian alam semula jadi. Kajian ini mencadangkan agar integrasi antara sains dan nilai Islam dijadikan asas dalam pembangunan dasar dan inovasi akuakultur yang mampan serta beretika.

Published
2025-09-06
How to Cite
Mohd Samsi, M. S., Kamal Basir, M. Z., & Gerunsin, N. (2025). P063 Kelestarian Akuakultur Melalui Penggunaan Mikroalga Dari Perspektif Etika Islam: Satu Kajian Literatur. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 16, 222-232. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/772