Meneroka Isu dan Cabaran Daya Tahan Perniagaan Koperasi Mikro di Sarawak

  • Yusman Bin Yacob Faculty of Business and Management UITM Sarawak
  • Hamizah Bin Mohd Nadzir Institut Koperasi Malaysia
  • Syarifah Rohaya Binti Wan Idris Institut Koperasi Malaysia
  • Nur Fatin Shazwani Binti Ahmad Institut Koperasi Malaysia
  • Dayang Adelina Binti Abang Muan Institut Koperasi Malaysia
  • Jati Kasuma Bin Ali Universiti Teknologi MARA
  • Shaffaridzuan Bin Yakub Universiti Teknologi MARA
Keywords: Isu Cabaran; Daya Tahan; Perniagaan; Koperasi Mikro; Sarawak

Abstract

Dalam usaha memperkasakan gerakan koperasi, penambahbaikan ekosistem pembangunan dan kawal selia koperasi perlu dilaksanakan. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh gerakan koperasi pada ketika ini untuk membolehkannya berdaya tahan dalam perniagaan. Dalam konteks perniagaan masa kini, organisasi menghadapi pelbagai bentuk tekanan daripada persekitaran dalaman dan luaran perniagaan berikutan perubahan iklim perniagaan yang semakin kompleks dan mencabar. Daya tahan perniagaan menjadi aspek utama yang dititikberatkan oleh pengamal industri dan akademik. Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti isu dan cabaran daya tahan perniagaan koperasi mikro di negeri Sarawak menggunakan kaedah kualitatif. Sebanyak 22 buah koperasi mikro yang berusia lebih lima tahun di seluruh negeri Sarawak melibatkan keseluruhan sembilan fungsi perniagaan telah dipilih sebagai peserta dalam kajian ini. Pemilihan sampel adalah menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan 22 responden telah di temubual. Data dianalisis menggunakan kaedah tematik yang merangkumi tiga tahap pengekodan iaitu pengekodan terbuka, berpaksi dan terpilih. Melalui proses temu bual bersemuka yang telah dijalankan menggunakan soalan protokol yang dibangunkan oleh penyelidik serta penterjemahan data yang diperolehi, antara cabaran yang dihadapi oleh koperasi mikro di Sarawak ketika ini antaranya kebergantungan kepada bantuan kerajaan, pendidikan koperasi, adaptasi kepada perubahan persekitaran perniagaan dan pengurusan inventori. Hasil dapatan kajian berupaya menyumbang kepada perkembangan ilmu akademik dan praktikal khususnya serta pembangunan koperasi mikro secara amnya. 

Published
2025-09-06
How to Cite
Yacob, Y., Mohd Nadzir, H., Wan Idris, S. R., Ahmad, N. F. S., Abang Muan, D. A., Ali, J. K., & Yakub, S. (2025). Meneroka Isu dan Cabaran Daya Tahan Perniagaan Koperasi Mikro di Sarawak. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 16, 205-213. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/768

Most read articles by the same author(s)