Peranan Koperasi Kariah Masjid Dalam Memperkasakan Sosio Ekonomi Umat Islam: Isu Dan Cabaran

  • Yusman Bin Yacob Faculty of Business and Management UITM Sarawak
  • Jati Kasuma Bin Ali Faculty of Business and Management Universiti Teknologi MARA Sarawak
  • Nelson Lajuni Faculty of Economics Business and Accountancy Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Bazli Bin Md Radzi Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Universiti Teknologi MARA Sarawak
  • Mohd Shahron Anuar Bin Said Research Centre Institut Koperasi Malaysia Petaling Jaya
  • Umi Insyirah Pakasa Faculty of Business and Management UiTM Sarawak
  • Ikhwan Naguib Jusoh Faculty of Law UiTM Sarawak
Keywords: Koperasi Kariah Masjid;, Sosioekonomi;, Anggota;, Isu;, Cabaran

Abstract

Koperasi Kariah Masjid (KKM) merupakan satu cabang di bawah kluster komuniti seperti yang disasarkan dalam pelan Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020. Walaupun masjid berperanan sebagai tempat ibadah umat Islam, terdapat beberapa masjid telah menubuhkan koperasi bertujuan menjalankan perniagaan bagi membantu meningkatkan sosio ekonomi anggota kariah. Penubuhan KKM ini merupakan inisiatif yang dicetuskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui Pelan Strategik Pembangunan Koperasi Kariah Masjid dalam usaha meningkatkan pendapatan sektor koperasi secara keseluruhan di samping menaiktaraf status koperasi dari kluster mikro kepada kecil, kecil kepada sederhana, dan sederhana kepada besar. Penubuhan KKM diharapkan dapat menjadikan masjid sebagai pusat untuk menjana ekonomi umat Islam di Malaysia terutamanya masyarakat di sekitarnya. KKM dilihat mampu menceburi aktiviti berimpak tinggi melalui kepakaran anggota yang ada. Melalui kepelbagaian aktiviti yang dijalankan oleh KKM juga ia berupaya membuka peluang pekerjaan kepada anggota serta kariah setempat. Sehingga Disember 2021, terdapat sejumlah 474 KKM yang telah didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993, mewakili 3.2 peratus daripada jumlah bilangan keseluruhan koperasi berdaftar di seluruh Malaysia dengan keanggotaan seramai 40,238, RM12.99
juta modal syer, RM30.71 juta aset dan RM21 juta perolehan. Merujuk kepada statistik tersebut, bilangan KKM serta sumbangannya kepada negara masih dilihat agak kecil berbanding keseluruhan masjid yang berjumlah lebih 6000 buah di Malaysia. Tambahan, lebih 90% KKM masih berada dalam kluster mikro yang menjalankan aktiviti perniagaan berskala kecil. Walaubagaimanapun, wujud beberapa buah KKM yang telah berjaya merealisasikan matlamat sosio ekonomi anggota kariahnya melalui aktiviti keusahawanan yang dijalankan. Justeru, ini tidak menafikan pentingnya peranan KKM dalam membantu memperkasakan peranan masjid itu sendiri bukan sahaja sebagai tempat beribadat malah sebagai platform untuk menjalankan aktiviti keusahawanan melalui koperasi yang secara tidak langsung dapat memajukan ekonomi masyarakat setempat. Walaubagaimanapun, pelbagai isu serta cabaran yang mengekang perkembangan KKM yang wujud di Malaysia. Kertas konsep ini bertujuan membincangkan peranan, isu serta cabaran yang dihadapi oleh KKM dalam usaha memperkasakan sosio ekonomi anggota dan mencadangkan beberapa inisiatif penting untuk menangani perkara tersebut.

Published
2023-11-01
How to Cite
Yacob, Y., Ali, J. K., Lajuni, N., Md Radzi, M. B., Said, M. S. A., Pakasa, U. I., & Jusoh, I. N. (2023). Peranan Koperasi Kariah Masjid Dalam Memperkasakan Sosio Ekonomi Umat Islam: Isu Dan Cabaran. Proceedings Borneo Islamic International Conference EISSN 2948-5045, 14, 90-95. Retrieved from https://majmuah.com/journal/index.php/kaib1/article/view/386